Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

‘Buang Masa Dan Duit’- Ramai Rakyat Malaysia Rayu Pekerja Diberi Pilihan Bekerja Dari Rumah

by Puteri Alia
May 27, 2022
via Twitter / Business Standard

via Twitter / Business Standard

Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini di mana tweet milik salah seorang pengguna media sosial menjadi tumpuan dan perbincangan hangat dikalangan warganet di laman Twitter.

Pandangan yang dikongsikan oleh pemilik tweet berkenaan menarik perhatian orang ramai, apatah lagi isu yang disuarakan adalah mengenai permintaan bekerja dari rumah.

Mahu Diberi Pilihan Bekerja Di Rumah Dan Pejabat

Pemilik ciapan tersebut menyatakan agar majikan dapat memberi kelonggaran dan pilihan kepada para pekerja untuk bekerja dari rumah.

Isu ini timbul apabila pemilik akaun media sosial berkenaan, berkongsi kos perbelanjaan yang keluar untuk sebulan apabila bergerak dari tempat tinggal untuk ke tempat kerja terlalu tinggi sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikalnya.

“Buang masa dan duit: kesihatan mental dan fizikal terjejas. Kembalikan semula bekerja dari rumah (WFH) untuk kami majoritinya tolonglah!

Apa pun, sekatan pergerakan pandemik Covid telah mengajar kita yang bekerja dari rumah adalah tidak mustahil dan bermanfaat untuk pekerja.

Jadikan bekerja dari rumah sebuah pilihan lah untuk semua yang sesuai. Siapa nak bekerja dari rumah, silakan. Siapa nak masuk pejabat, silakan. Siapa nak hybrid, silakan. Cuma jadikan ia sebagai pilihan.” Ciapnya

via Twitter

Netizen Beri Pelbagai Respon

Ciapan pengguna media sosial tersebut yang menerima 4 ribu retweet itu mendapat perhatian ramai. Malah menerima pelbagai respon dari pengguna Twitter dan ada juga yang memberi cadangan serta pandangan kepada pemilik tweet berkenaan masalah yang dihadapi.

“Bekerja dari rumah patut dijadikan sebagai pilihan. RIngkas, ianya situasi menang-menang untuk keduanya baik di jalan raya dan di rumah.”

“Setuju. Pagi ni dari Selayang ke Kuala Lumpur. 10 kilometer ambil masa hampir 50 minit. Gil*”

“Benar, beza betul kesihatan mental bekerja dari rumah dengan masuk pejabat.” Ciap netizen

via Twitter

“Ni cuma cadangan, untuk ERL anda boleh bayar menerusi aplikasi di mana lebih murah untuk kegunaan harian.”

“Sama ada pindah kerja atau pindah rumah je lah kak..”

“Minta syarikat anda elaun tambang balik.” Cadang mereka

via Twitter

Bekerja dari rumah memang banyak manfaatnya, tapi timbul pula isu prestasi pekerja kurang memuaskan. Apa pandangan anda tentang isu ini?

bekerja dari rumahmajikanpekerjaWFH
https://lomp.at/icbf9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara