• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Bukan Hamil? Doktor Syak Lucinta Luna Hidapi Kanser Testis

Doktor Anggap Keputusan Positif Kerana Simptom Kanser

by Khai Azfar
May 7, 2021
Share on Facebook

Selebriti Indonesia yang juga merupakan seorang transgender, Lucinta Luna baru-baru ini mengaku bahawa dirinya kini sedang hamil.

Ujian Kehamilan Positif 

Dakwaan itu dibuat Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah selepas menjalani ujian kehamilan yang telah menunjukkan keputusan ‘positif’. Malah pelantun Bobo Di Mana bersama Dato Sri Aliff Syukri dan Nur Sajat ini turut mendakwa kekasihnya yang merupakan seorang warga asing adalah bapa kepada anak yang dikandungnya itu.

Bagaimanapun, ‘kegembiraan’ tersebut mungkin hanyalah sementara kerana seorang doktor yang dikenali sebagai Arifandi Sanjaya menjelaskan bahawa keputusan positif yang diperoleh Lucinta itu boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja sama ada lelaki, perempuan mahupun transgender.

“Selamat buat Mbak(Tahniah buat Puan) Lucinta Luna atas kehamilannya. Sebenarnya test pack positif itu ada hubungannya dengan kenaikan hormon Beta-HCG” tulisnya

Mungkin Kerana Kanser Testis

https://www.instagram.com/p/COepUqaJ_-M/

Memetik laporan Suara.com,doktor itu turut tidak menolak hormon tersebut terjadi kerana simptom beberapa penyakit termasuklah kanser testis.

“Di mana hormon Beta-HCG juga boleh terbentuk pada lelaki menerusi beberapa penyakit-penyakit tertentu, salah satunya adalah kanser testis,” tulisnya lagi

Di kesempatan itu, Arifandi juga menasihati lelaki yang memperolehi hasil positif menerusi alat ujian kehamilan untuk lebih berhati-hati. Sekadar info, kanser testis atau juga dikenali sebagai kanser buah zakar boleh terjadi pada lelaki tanpa mengira usia dan berlaku apabila sel di dalam organ ini mengalami mutasi serta berkembang biak di luar kawalan.

Kanser TestisLucinta Luna
https://lomp.at/kz51l
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @karelsusanteo (IG)
Indonesia

Karel Susanteo Kekasih Baru Anna Jobling? Ini Jawapannya…

by Nurul A.
August 12, 2025

Aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis, Anna Jobling mencuri perhatian ramai apabila namanya mula dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo....

Read moreDetails
Indonesia

Adegan Seks Dalam Filem! 7 Artis Indonesia Ini Berani Buktikan

by Zaidin Albert
October 18, 2017

Demi untuk menjayakan sebuah watak sebuah lebih berkesan, kadang-kadang memaksa seorang artis bertindak jauh melampaui nurani mereka. Bukan semua filem seseorang...

Read moreDetails
Indonesia

5 Artis Popular Indonesia Pilih Jadi Murtad Demi Cinta

by Phic ARMAN
June 15, 2017

Selepas kematian pelakon veteran popular Yana Zein, ramai yang keliru dengan isu tukar agama di Indonesia. Namun ini bukan perkara...

Read moreDetails
Indonesia

Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

by Aphit J.
May 11, 2025

Pada minggu ini, media sosial hangat memperbincangkan perkahwinan pasangan selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya dan Maxime Bouttier. Majlis yang berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore