Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bukan Semua Bapa Tiri Jahat – Shila Amzah Puji Ubai Layan Seth Seperti Anak Sendiri

by Puteri Alia
July 17, 2025
Share on Facebook

Penyanyi berbakat besar, Shila Amzah meluahkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak berbelah bahagi terhadap suaminya, Ubai, atas segala pengorbanan serta kasih sayang yang ditunjukkan sepanjang tiga tahun melayari bahtera perkahwinan. Menerusi perkongsian tulus dalam InstaStory, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mengungkapkan penghargaan mendalam kepada Ubai yang disifatkannya sebagai suami hebat, penuh hormat dan tidak pernah merendahkan maruah seorang isteri.

Bagi Shila, keberadaan Ubai dalam hidupnya bukan sekadar pasangan, tetapi seorang pembimbing yang sentiasa membetulkan dirinya dengan penuh kasih, bukan ketakutan. Ucapan seperti “terima kasih kerana tidak perlu takutkan saya kerana saling menghormati” menggambarkan betapa rumah tangga yang mereka bina berteraskan prinsip saling menghargai, bukan dominasi.

Lebih menyentuh perasaan, Shila turut memuji Ubai atas peranannya sebagai bapa tiri kepada Seth Uwais, anak lelaki Shila hasil perkahwinan terdahulu. Tanpa sebarang kekerasan mahupun layanan berbeza, Ubai menerima Seth seperti anak kandungnya sendiri, menepis stigma dan persepsi negatif masyarakat terhadap figura ‘bapa tiri’ yang sering dikaitkan dengan layanan buruk.

“Terima kasih sebab layan Seth seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri. Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat. Yang baik itu ramai, yang kejam itu terlalu kejam,” luah Shila jujur, menyentuh hati ramai pengikutnya yang turut tersentuh dengan penghargaan penuh emosi itu.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 5 Ogos 2023 dengan sekali lafaz, dan kini bahagia dengan kehadiran anak perempuan mereka, Rhea Akira, yang dilahirkan pada 9 Mei tahun lalu. Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022, namun rumah tangga mereka berakhir selepas empat tahun bersama.

[VIDEO] Shila Amzah & Ubai Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur!-"Macam Tu Je Dia Main Kepala Artis.."

Namun hari ini, Shila tidak menoleh ke belakang. Sebaliknya, dia meraikan fasa kehidupan baharunya bersama Ubai dengan penuh rasa syukur dan bangga, lebih-lebih lagi melihat bagaimana Ubai bukan sahaja menyayangi dirinya, malah menerima dan menjaga anak daripada perkahwinan terdahulu dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang, satu perkara yang jarang berlaku, tetapi amat berharga dalam dunia nyata.

shila amzahUbai
https://lomp.at/s7n28
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Nama usahawan kosmetik sensasi, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Setiap kali berkongsi kehidupan mewah...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim, Netizen Sebak!-“Semua Fokus Hal Kakak Sampai Lupa…”

by Naddy Joe
April 2, 2026

Di sebalik ramai yang memberi tumpuan terhadap puteri sulung pasangan selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara