Wednesday, September 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Busana Dipakai Miss World Malaysia 2021 Raih Perhatian Dan Pujian Netizen

Busana hasil rekaan dari Amaze ini mencuri tumpuan ramai pengguna media sosial

by Puteri Alia
March 15, 2022
Foto - Instagram @amaze_official_ / @lavanyasivaji

Foto - Instagram @amaze_official_ / @lavanyasivaji

1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Doktor Lavanya Sivaji yang dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 2021, mengenakan busana ala kebaya peplum bagi penilaian dalaman (indoor judging) untuk pertandingan Miss World mencuri tumpuan ramai.

Busana Klasik Kontemporari Jadi Pilihan

Doktor cantik ini memuatnaik foto dirinya menggayakan busana eksklusif hasil rekaan Amazè, bagi sesi penilaian dalaman Miss World pada hari ini menjadi perhatian di media sosial.

Dalam muatnaik tersebut, Lavanya mengucapkan terima kasih kepada pereka fesyen jenama Amazè kerana menghasilkan busana cantik tersebut untuknya.

Foto – Instagram @lavanyasivaji

“Selesai penilaian dalaman saya untuk Miss World hari ini. Dan ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan, bercakap dengan orang yang hebat. Miss World finals berlangsung lagi 2 hari !

Terima kasih kerana reka busana cantik ini untuk penilaian dalaman saya @amaze_official_” tulis Lavanya

Foto – Instagram @lavanyasivaji

Mengintip di media sosial Amazè pula, busana yang dihasilkan untuk ratu cantik ini mengetengahkan konsep klasik kontemporari dan menampilkan rekaan ala kebaya peplum untuk baju dan dipadankan dengan seluar ketat dengan fabrik yang sama.

Bukan itu saja, untuk menyerikan lagi penampilan Dr. Lavanya, busana tersebut diserikan bersama aksesori kerongsang serta kasut dengan rekaan sedondon.

Foto – Instagram @amaze_official_
Foto – Instagram @amaze_official_

Netizen Kagum Dan Puji Rekaan Baju

Melihat foto yang dimuatnaik Ratu Cantik Malaysia ini di media sosialnya, ramai pengguna media sosial memuji rekaan busana yang dipakai Dr. Lavanya cantik.

Foto – Instagram @lavanyasivaji

“Saya kagum dengan busana direka cantik ini”

“Busana ini! Anda boleh ratu! Semoga berjaya!”

“Cantik”

“Suka busana ini”

“Penampilan yang mewakili Malaysia”

Sekadar info, acara ratu cantik berprestij tersebut sebelum ini terpaksa menangguhkan pentas akhir pertandingan tersebut kerana terdpat penularan Covid-19 dikalangan peserta dan kru organisasi Miss World. Kini pertandingan tersebut bakal menyaksikan pentas akhir pada 16 Mac ini yang berlangsung di Puerto Rico.

lavanya sivajimiss worldMiss World Malaysia 2021
https://lomp.at/bblw2
Share411Tweet257SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Telatah Anak Ernie Zakri, Khawla Menyanyi Lagu Kemerdekaan Buatkan Netizen Teruja

  2. 2

    “Hidup Penuh Dengan Rasa Syukur & Tidak Dendam”- Kongsian Madu Marissa Dania Curi Perhatian

  3. 3

    [VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Belanja’ Konsert Percuma Dalam Pesawat, Tetapi Lain Pula Yang Netizen Puji

  4. 4

    RM250 Seorang Untuk Anak Bawah 6 Tahun, Ini Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025

  5. 5

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem