• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Caliph Buskers Wakili Malaysia Dalam Video Muzik “Stand By Me”

by Khai Azfar
June 9, 2020
143
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini,The Nippon Foundation (TNF) telah melancarkan video muzik yang melibatkan 46 artis kelainan upaya dari 15 buah negara. Mereka mempersembahkan lagu “STAND BY ME” yang dipopularkan oleh Ben E. King.

Tampilkan Artis Antarabangsa 

Video muzik ini juga merupakan diantara video yang pertama yang menampilkan barisan artis kelainan upaya di peringkat antarabangsa semasa wabak pandemik COVID-19.Video yang berdurasi selama 4 minit ini dirakamkan oleh artis sendiri di kediaman masing-masing. Ia juga merangkumi mesej tentang harapan, positif dan keterangkuman dari para artis kepada masyarakat global orang kelainan upaya. Program ini diberi nama sebagai True Colors Festival oleh TNF yang amat komited dalam membina masyarakat global yang lebih inklusif dan prihatin.

Caliph Buskers Wakil Malaysia 

Caliph Buskers adalah antara 46 artis kelainan upaya yang menyertai program ini dan Caliph Buskers juga merupakan satu-satunya kumpulan yang mewakili negara Malaysia. Kumpulan yang dianggotai oleh lima individu orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan iaitu Azmi (vokalis/keyboard), Zaki (gitaris), Nirwan (gitaris), Fendy (pemain dram) dan Nadira (pemain shaker) sebelum ini pernah popular dengan lagu hits mereka seperti ‘Buta’ kolaborasi dengan Faizal Tahir, ‘Hanya Namamu’ dan ‘Roman Cinta’.

Barisan artis yang terlibat di dalam video muzik yang dari pelbagai negara ini merangkumi banyak gaya dan genre, dari cappella ke rap, jazz ke muzik klasik, dan balet ke breakdancing. Di antara mereka adalah rapper Signmark (Finland), artis Pekak pertama di dunia yang ditandatangani oleh syarikat rakaman besar, Warner Music Sparsh Shah (Amerika Syarikat), remaja berusia 17 tahun yang berbakat besar yang juga merupakan seorang penghibur dan penceramah.

YouTube video

Video ini juga memaparkan Amber Galloway Gallego (Amerika Syarikat), yang menafsirkan lagu ini ke dalam bahasa isyarat, dan juga merupakan pakar dalam menafsirkan sesebuah konsert dan festival muzik ke dalam bahasa isyarat.

caliph buskers
https://lomp.at/hikqi
Share141Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore