Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Cantik Bertutup-Litup, Nora Danish Pakai Tudung Dan Jubah Pemberian Arwah Siti Sarah Ketika Hadir Majlis Ilmu

by Puteri Alia
July 12, 2023
Share on Facebook

Tindakan pelakon jelita, Nora Danish menyarungkan tudung dan jubah pemberian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ketika menghadiri majlis ilmu cukup menyentuh hati, baru-baru ini.

Berkongsi foto manis bertudung labuh dalam laman Instagram (IG), Nora memaklumkan pemberian persalinan istimewa itu memang dirancang mahu dipakai pada majlis ilmu berkenaan.

“Jubah dan tudung Nora dari Loveta, pemberian arwah Siti Sarah. Memang niat nak pakai untuk majlis ilmu, hari ini.

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Mari kita sedekah al-Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yang sudah pergi meninggalkan kita,” tulisnya menerusi hantaran dalam IG.

Majlis ilmu itu dipercayai dianjurkan di rumah pelakon, Betty Rahmad yang juga adik kepada pengarah, Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.

Penampilan Nora yang manis dan sopan itu mendapat pujian pengikutnya. Walaupun tidak mengenakan solekan tebal, Nora tetap kelihatan cantik dan ayu.

Dalam hantaran sama, Nora turut menzahirkan penghargaan kepada sahabatnya, Betty dan mereka yang terbabit dan hadir menjayakan majlis berkenaan.

“Terima kasih mu (Betty) atas jemputan ini. Dan terima kasih sebab selalu ingat padaku. Terima kasih juga pada Ustazah Jiha atas segala ilmu dan doa.

“Setiap kata-kata, masya-Allah sampai di hati, air mata tak berhenti mengalir. Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmati-Nya.

“Terima kasih buat semua sahabat yang hadir dan pembantu yang memasak soto sedap. Lauk macam-macam, murah rezeki semua dunia akhirat. Sehingga berjumpa lagi,” tulisnya.

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum 'Move On'
nora danishsiti sarah
https://lomp.at/8ym8w
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara