Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Akaun Instagram Bakal Dipadam? Caprice Umum ‘Posting’ Terakhir Sebelum Berehat Panjang

Pelantun BAL itu turut menerima peringatan amaran daripada pihak Instagram

by Khai Azfar
August 3, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Caprice seakan memberi petunjuk bakal berehat panjang daripada sosial media berikutan mendedahkan beberapa hantarannya itu mungkin merupakan kali terakhir.

Mungkin Hantaran Terakhir Caprice 

Menerusi laman Instagram nya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berasa ralat kerana pihak Instagram telah memadam beberapa hantarannya sebelum ini berkaitan Palestin. Lebih mengejutkan, pelantun BAL itu turut menerima peringatan amaran daripada pihak tersebut yang bekemungkinan akan turut menyebabkan akaunnya dipadam.

“Selamat tinggal Instagram. Mereka telah ‘menyembunyikan’ saya (hantaran) jadi ini mungkin hantaran terakhir saya. Ini adalah kisah saya dan apa yang saya belum dedahkan di Palestin” tulis Caprice menerusi muat naik terbaharu pada Isnin

Bakal Bongkar Sindiket Cuci Duit 

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Dedah Caprice, kebanyakan bantuan yang diminta oleh badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia kononnya bagi tujuan misi kemanusiaan Palestin sebenarnya telah disalah gunakan bagi tujuan ‘cuci duit’. Lebih mengejutkan, ia dilakukan oleh mereka yang arif akan isu agama.

“Duta kepada Palestine di Malaysia pernah keluar kenyataan 6 bulan lepas yang sebenarnya banyak duit yang di kutip tak sampai pun dekat Palestin…dan kebenaran tersebut adalah benar..ada yang tak sampai langsung..ada yang sampai sikit. Tapi sudah bertahun-tahuhn sindiket cuci duit ini berjaya guna alasan Palestin untuk kepentingan masing-masing”

“Yang buat semua kerja haram ini,malangnya adalah orang yang sembang agama..cakap nak bantu umat Islam.. nak ber’solidariti’ bersama rakyat Palestin..berpangkat dekat Malaysia..tapi itulah. Rakyat Palestin tidak ada platform untuk bersuara… Jadi Caprice janji Caprice akan perlahan-lahan start bongkar kerja haram tersebut” katanya lagi

Akui menerima banyak ugutan dan berasa begitu tertekan dengan pelbagai isu yang menghimpitnya susulan pendedahan yang dibuat sebelum ini, Caprice bagaimanapun berkata dia tidak akan mudah berputus asa dan akan terus membantu rakyat Palestin. Malah, penyanyi ini turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang terasa hati dengan apa yang berlaku.

“Walaupun misi kita ini makin lama jadi terlalu dalam sangat, sampai kita terima banyak ugutan…sampai seorang ahli organisasi gelap tiba-tiba muncul dekat hotel caprice…sampai IG caprice akan kene delete…kita tetap akan teruskan. Caprice doa hari-hari untuk tunjuk jalan dan kurangkan beban ini.

InsyaAllah. Caprice minta maaf kepada rakyat Malaysia sapa-sapa yang terasa dgn apa berlaku. Bila kita sudah sampai sini, Caprice nak bantu rakyat palestine, dan cuba cari jalan untuk visi AlAqsa 2040. tiba-tiba kita terlibat dgn objective luar dari misi asal Caprice. Tapi demi rakyat Palestin, kita sanggup bersuara dan lawan organisasi yang menguna issue Palestin untuk cuci duit.

Bukti dari hasil insyaAllah. Dengan orang-orang yang terlibat. Dengan rakyat Palestin. Dari Gaza sampai Jerusalem. Saya akan lakukan terbaik untuk ummah dan Malaysia” kongsinya

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Terdahulu,nama Caprice hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi berikutan beberapa dakwaan terhadap pendakwah,Ustaz Ebit Lew berhubung misi bantuan ke Gaza.

Caprice Sindir Kes Rapper Ditahan di Laos, Netizen Mula Teka Siapa Dalang Seludup 86kg Ganja ke Jerman
caprice
https://lomp.at/ylu6v
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara