Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

by Khai Azfar
August 17, 2021
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak masuknya tahun baru Islam, ramai selebriti telah berkongsi pelbagai kebaikan dan perkara yang positif. Malah ada diantara mereka turut mengambil keberkatan bulan Muharram dan kisah positif mengenai Allahyarhamah Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu untuk menjadi lebih baik.

6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

Tidak terkecuali buat enam selebriti wanita ini, Izara Aishah, Siti Elizad, Betty Rahmad, Viccha, Fieya Julia dan Nana Mahazan yang membuat keputusan untuk tampil berhijab sejak awal Muharam. Berikut Murai.my kongsikan kisah dan pengalaman mereka yang kini manis berhijab.

Izara Aishah

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah bukan sahaja mencuri perhatian apabila berkongsi penampilan dirinya yang kini bertudung labuh, malah menantu tiri penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ini turut memadam gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/CSglZ2qpQOu/

Di laman Twitter,pemilik nama penuh Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 28 ini turut meminta pengikutnya berkongsi kedai mahupun mereka yang menjual khimars selain berterima kasih atas doa yang dititipkan buatnya.

Siti Elizad

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad menarik perhatian ramai apabila tampil bertudung. Jelas Elizad, dia kini dalam proses untuk menjadi lebih baik dan istiqamah setelah menerima banyak komen kecaman yang menegur penampilannya yang menampakkan bahagian leher.

“Allahuakbar, elok je ustaz, ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik dan istiqomah. Yang beberapa netizen ni, ada je tak kena.

“Ya tahu, belum sempurna. Jadi terima kasih di atas komen-komen yang serba serbi tak kena. Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CSmI34DBKB3/

Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mengambil kesempatan dengan mengucapkan tahniah atas penghijrahannya.

[VIDEO] Umie Aida Menyakat Mak Semah Buatkan Netizen Terhibur!-"Cakap Love You Too Dulu"

Betty Rahmad

Hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran. Itulah luahan pelakon Betty Rahmad yang kini manis berhijab.

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Pemergian rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat adik Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima ini untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi.

“Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah kepada saya, semua urusan dipermudahkan, ada saja rezeki yang masuk,” katanya menerusi siaran langsung Instagram baru-baru ini

Vicha

Pelawak dan pelakon Vicha Saywho membuat keputusan untuk berhijab dan memohon peminat mendoakan penghijrahannya ke arah lebih baik.

View this post on Instagram

A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie)

Akui Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, dia masih belajar untuk menjadi lebih baik dan berasa malu dengan anak-anaknya yang sudah lama berhijab sedangkan hanya dirinya sahaja yang masih belum berhijab.

“Ya Allah, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab. Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama.

“Ampunkan saya Ya Allah. Subhanallah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk hamba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya,” katanya.

Fieya Julia

https://www.instagram.com/p/CSlFPYcFrPb/

Memadam semua fotonya terdahulu, penyanyi Fieya Julia membuat kejutan apabila tampil dengan imej baharu yang kini manis berhijab. Dibanjiri dengan pelbagai komen positif dari rakan artis dan peminat, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah binti Sejali menerusi hantaran di laman Insta-story berterima kasih atas doa yang dititipkan buat dirinya.

Nana Mahazan

Penyanyi dan juga pengacara,Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam video tersebut, Nana sedang mempromosikan produk sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami, Mohammad Raqeem Brian Abdullah.

View this post on Instagram

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)

Menjawab pertanyaan pengikutnya tentang imej berhijab, Nanaberkata dia sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara perubahan yang sedang dijalani kini namun berterima kasih atas doa-doa yang dititipkan buatnya selama ini.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya (penampilan bertudung). Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.

“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya,”

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi, sejujurnya sebagai manusia biasa perubahan perlukan masa dan inilah harinya.

“Sekali lagi, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan terima saya seadanya. Apapun, saya masih Nana yang dulu dan insya-Allah saya akan buat yang lebih baik lagi,” katanya

betty rahmadFieya Juliaizara aishahnana mahazansiti elizadvicha
https://lomp.at/b08uf
Share23Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang ‘Straight A’ SPM

by Naddy Joe
March 31, 2026

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar berkongsi momen istimewa apabila anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang mendapat keputusan cemerlang dalam...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara