Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Cerpen Popular, Bebenang PKP Anis Kini Diadaptasi Sebagai Telefilem Khas Raya

Membariskan nama-nama popular seperti Muna Shahirah, Shafie Naswip, Fauzi Nawawi, Lisadawati dan ramai lagi.

by Khai Azfar
May 13, 2021
Share on Facebook

Pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan mendapat sambutan yang menggalakkan, kisah seorang remaja perempuan terkandas dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0) telah diadaptasikan sebagai sebuah telefilem khas yang akan ditayangkan pada Syawal ini.

Telefilem Menarik Pada Hari Raya 

Menceritakan mengenai bagaimana Anis Kemboja terpaksa meneruskan hidup menjaga anak majikannya yang masih kecil merupakan intipati utama dalam telefilem Bebenang PKP Anis yang pastinya memberikan perspektif berbeza buat penonton pada hari raya ketiga kelak.

Tanpa ada pengalaman menjaga kanak-kanak, Anis juga terpaksa berhadapan dengan kerenah mereka memandangkan tuan rumah ‘tersangkut’ di Indonesia akibat pintu sempadan yang ditutup serta merta ketika itu.

Nana Mohd Rom

Bagi Nana Mohd Rom,penerbit Indigital Sdn. Bhd ini menganggap jalan kisah yang berlaku kepada Anis sangat menarik perhatian ditambah pula dengan apa yang berlaku ketika itu merupakan fenomena asing buat semua rakyat Malaysia.

“Sejak awal lagi kita memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis oleh Dr. Ummu Hanie yang diangkat daripada sebuah kisah benar. Bayangkan pada ketika dunia dilanda pandemik Covid19, keadaan yang berlaku di luar jangkaan.

“Tidak ada siapa yang pernah mengalami situasi seperti ini. Ada yang tersangkut di serata tempat dan tak kurang juga yang terpisah dengan keluarga dan sebagainya. Jalan cerita begini amat menarik perhatian dan kita visualkan menerusi telefilem ini,” kata Nana kepada Murai.my

Ditayangkan Pada 15 Mei 2021 Di TV Al-Hijrah

Ditayangkan di TV Al-Hijrah pada 15 Mei 2021 jam 9 malam, Bebenang PKP Anis yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli ini membariskan nama-nama popular seperti Muna Shahirah, Shafie Naswip, Fauzi Nawawi, Lisadawati dan ramai lagi.

Penggambaran yang dilakukan di sekitar Kuantan, Pahang ini dilakukan sekitar penghujung tahun lalu berkisahkan tentang Anis (Muna Shahirah) yang terpaksa menjaga dua orang anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri.

Wanita tersebut pula terpaksa ke luar negara atas urusan kerja namun disebabkan PKP membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai ‘ibu bapa’ segera. Konflik bertambah apabila abangnya Amar (Shafie Naswip) bermasalah dengan ibu bapanya (Fauzi & Lisdawati). Namun takdir PKP yang ketika itu membuatkan hubungan mereka semakin baik dari sehari ke sehari.

“Kisah Anis ini sangat menarik untuk dikupas. Dia bukan sahaja terpaksa menjaga anak orang secara tiba-tiba tetapi juga terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga. Dalam masa yang sama Anis juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian keluar negara.

“Untuk pengetahuan semua, kisah Anis ini pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan menadapat sambutan yang menggalakkan. Ini yang memberikan nilai tambah kepada telefilem ini,” tambah Nana yang turut berterima kasih pada TV Al-Hijrah

Sebagai info,Bebenang PKP Anis telah mendapat dana daripada Program OTT/TV (Perlaksana) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Bebenang PKP Anis
https://lomp.at/n7xq8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara