• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Penduduk Flat Bertuah Dapat Hamper & Produk Lampin Dewasa Dalam Kempen #RayaKonfiden Oleh Certainty

by Phic ARMAN
April 17, 2023
Share on Facebook

Certainty, jenama lampin dewasa oleh Kumpulan Uni-Charm MY SG melancarkan kempen #RayaKonfiden untuk mengeratkan silaturrahim bersama komuniti akar umbi di Lembah Klang sepanjang bulan Ramadan.

Sebagai penyokong konsep Kehidupan Harian Aktif atau Activities of Daily Living (ADL), Certainty ingin memberikan penyelesaian untuk membantu komuniti di Malaysia memilih jenis produk yang sesuai bagi membantu mereka menguruskan isu inkontinens dan seterusnya dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan yakin dan berkualiti terutama dengan sambutan Hari Raya ini.

Dengan sokongan daripada pejabat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Certainty mengagihkan sumbangan bersama semangat #RayaKonfiden kepada masyarakat di tiga kawasan. Tiga Kawasan ialah PPR Kerinchi di Lembah Pantai, Flat Seri Bahtera di Bandar Armada Putra, Pulau Indah serta Perumahan Awam Setapak Jaya di Setiawangsa dari 12 hingga 14 April 2023.

Bersama Penghuni PPR Kerinchi di Lembah Pantai,

Sumbangan bernilai sehingga RM70,000 ini merangkumi set hamper makanan dan rangkaian produk lampin dewasa Certainty yang bertujuan mengetengahkan konsep Kehidupan Harian Aktif (ADL) serta set juadah Iftar Burger King. Dilancarkan pada hari pertama di 12 April 2023 di PPR Kerinchi, kempen #RayaKonfiden akan
berlangsung selama tiga hari dan akan turut disertai oleh Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, ADUN N46 Pelabuhan Klang YB Tuan Azmizam Zamanhuri serta Pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa.

Encik Eiji Yoshida, Pengarah Urusan Uni-Charm Group Malaysia dan Singapura berkata,

“Kempen #RayaKonfiden ini merupakan satu inisiatif yang dekat di hati warga organisasi kami. Sebagai jenama yang amat memahami cabaran yang dihadapi oleh ramai generasi tua kita dalam aspek penjagaan inkontinens, selain daripada menerokai inovasi produk, kami juga ingin membantu mereka menjalani kehidupan harian dengan lebih yakin dan berkualiti.”

Beliau juga berkata bahawa melalui kempen ini, Certainty berharap untuk menangani dan menyokong keperluan menyediakan penyelesaian bersesuaian bagi isu inkontinens.

YB Azmizam Bersama Encik Eiji Yoshida, Pengarah Urusan Uni-Charm Group Malaysia serta  Certainty Management bersama penghuni Flat Seri Bahtera

Menyokong konsep penjagaan Activities of Daily Living (ADL)* melalui rangkaian produk Certainty, jenama ini membimbing pengguna memilih jenis produk inkontinens yang sesuai berdasarkan keadaan mobiliti mereka. Ini kerana produk pemilihan yang betul membenarkan pengguna dan penjaga menguruskan isu inkontinens dengan efektif terutamanya pada pengguna / penjaga lampin dewasa pertama kali.

Kempen #RayaKonfiden oleh Kumpulan Uni-Charm menandakan matlamat organisasi ini untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu di mana setiap ahli masyarakat adalah sama dan selesa. Kempen ini turut menandakan komitmen Uni-Charm untuk menyokong agenda negara bagi mewujudkan penjagaan berkualiti untuk generasi tua dan menangani aspek penjagaan inkontinens di hospital dan fasiliti perubatan lain.

Melalui kempen ini, Kumpulan Uni-Charm melalui Certainty akan terus bekerjasama rapat dengan wakil rakyat untuk mewujudkan kesedaran yang meluas tentang keperluan menangani dan menyediakan penjagaan untuk generasi tua terutamanya dalam komuniti B40 tempatan. Ini juga menandakan langkah pertama Certainty dalam mewujudkan kerjasama dan usaha selanjutnya untuk menyediakan penjagaan inkontinens bersama lebih banyak organisasi untuk terus menyokong warga emas terutamanya dalam keluarga berpendapatan rendah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep penjagaan Active Daily Living (ADL), sila layari www.certainty.com.my/about/what-is-adl/. Untuk maklumat lanjut tentang Certainty, sila layari laman Facebook Certainty di www.facebook.com/certaintymalaysia atau laman web Kumpulan Uni-Charm di www.unicharm.com.my.

Eiji YoshidaPPR KerinchiYB Tuan Azmizam Zamanhuri
https://lomp.at/8viol
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  4. 4

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore