Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Che Puan Mahkota Khaleeda Johor Titip Rasa Syukur Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kelima TMJ

by Naddy Joe
April 7, 2026
Share on Facebook

Kerabat Diraja Johor baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad.

Agong Dan Raja Permaisuri Dikurniakan Cucunda Ketujuh

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor di Facebook, yang mengumumkan bahawa KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikurniakan cucunda yang ketujuh selepas YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor selamat melahirkan seorang puteri, anakanda kelima DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada Ahad, 5 April 2026.

“Bayi & Saya Berada Dalam Keadaan Sihat…”

Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor menerusi hantaran turut memberi makluman bahawa beliau dan puteri yang dilahirkannya itu berada dalam keadaan sihat, selain menitipkan ucapan terima kasih di atas doa dan penghargaan.

“Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami dengan sukacitanya mengumumkan kelahiran selamat bayi perempuan kami. Dengan rahmatNya yang tidak terhingga, bayi dan saya berada dalam keadaan sihat, Alhamdulilah.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas doa dan ucapan yang diterima. Hati kami dipenuhi rasa syukur.

Semoga Allah SWT menerima setiap doa tersebut dan membalasnya dengan limpahan kebaikan dan keberkatan.-tulis Che’ Puan Mahkota Khaleeda

Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor diijab kabul dengan Tunku Mahkota Ismail pada 24 Oktober 2014.

Pasangan diraja itu kini dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua putera dan tiga puteri.

Che Puan Khaleeda
https://lomp.at/3knnd
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (IG) / @uqashasenrose2 (IG)
Lokal

“Terima Kasih Uqasha, Saya Happy”- Kamal Adli

by Nurul A.
April 7, 2026

Pelakon Kamal Adli kembali mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran terbaru di platform Threads, Menerusi hantaran tersebut, Kamal dilihat meluangkan...

Read moreDetails
Spotlight

Misha Omar Tak ‘Koyak’ Kena ‘Sound’ Nampak Tua & Dah Tak ‘Famous’

by Phic ARMAN
April 5, 2026

Alahai… dunia artis ni memang penuh warna, ada manis, ada juga yang boleh buat hati terus “crack”! Itu yang dilalui...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara