Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Che Ta Mahu Rahsiakan Wajah Bakal Menantu, Hanya Umum Ammar Effendy Nikah 2026

by Puteri Alia
October 27, 2025
Share on Facebook

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta, 52, mengesahkan anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Auni Ikhwan, pada 26 Jun 2026. Majlis pertunangan pasangan ini berlangsung meriah pada 25 Oktober lalu di ruang acara Lantera Venue, Shah Alam, Selangor, yang dihadiri kira-kira 500 tetamu terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan kenalan selebriti.

Berkongsi perasaan sebagai seorang ibu, Che Ta mengakui dirinya sebak mengenangkan perjalanan hidup membesarkan Ammar yang kini melangkah ke fasa baharu sebagai tunangan orang.

“Rasa macam baru semalam saya melahirkan Ammar selepas menempuhi hidup berumah tangga hingga bergelar ibu tunggal. Boleh kata, dia banyak melihat suka duka saya menjalani kehidupan. Menjadi anak sulung dan abang kepada dua adiknya, dia umpama pelindung. Kini tiba masanya dia pula memulakan kehidupannya sendiri,” ujarnya penuh emosi.

Pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu juga mendedahkan bahawa keluarga kedua-dua pihak sepakat untuk tidak membiarkan fasa pertunangan berlarutan terlalu lama sebelum majlis akad nikah berlangsung. Dalam masa sama, Che Ta turut mengakui tidak melepaskan tangan dalam urusan persiapan majlis yang berkonsepkan pastel itu. Dari busana, dulang hantaran hingga ke lokasi, semuanya mendapat sentuhan dan perhatian ibu tiga anak itu.

Namun, menghormati kehendak keluarga pihak perempuan, Che Ta memilih untuk tidak mendedahkan wajah bakal menantunya buat masa ini.

“Macam permintaan keluarga sebelah sana juga dipenuhi termasuk tidak lagi berkongsi wajah tunangnya terlebih dahulu,” katanya dengan nada memahami.

Berkaitan dengan tempat tinggal selepas berkahwin nanti, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu bersikap terbuka dan tidak menolak kemungkinan Ammar dan Auni akan tinggal bersama mereka di rumah agamnya di Kota Damansara.

“Saya dan suami okey sahaja kalau Ammar dan Auni nak tinggal sekali selepas berkahwin. Kalau mereka selesa, saya pun tak keberatan. Bertambah meriahlah rumah nanti,” katanya sambil tersenyum.

Selain pasangan pengantin baharu, tumpuan pada majlis pertunangan itu turut terarah kepada penampilan glamor Che Ta sekeluarga yang mengenakan busana kuning rekaan Ezuwan Ismail. Tatarias oleh jurusolek terkenal Otong Danish melengkapkan lagi aura elegan aktres itu, manakala majlis dikendalikan dengan penuh meriah oleh pengacara Hunny Madu. Bacaan doa disempurnakan oleh Pencetus Ummah (PU) Amin dan dulang hantaran pula direka indah oleh Man Kajang.

Che Ta Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Jarang Kongsi Foto Mesra Dengan Zain Saidin!-"Hang Jangan Cari Pasal..."

Terdahulu, foto serta video sekitar majlis pertunangan Ammar dan Auni tular di media sosial sebelum Che Ta tampil mengesahkan berita itu. Ammar, 29, yang kini bertugas sebagai pegawai di sebuah bank, memilih Auni, 26, yang bekerja dalam bidang pemasaran di ibu negara sebagai suri hatinya.

Mengakhiri perbualan, Che Ta menitipkan harapan agar Ammar dan Auni mampu menjaga hubungan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Katanya, setiap perhubungan yang diberkati Allah pasti akan membawa kebahagiaan yang abadi.

che ta
https://lomp.at/h855y
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh ‘Scammer’ Pernah Hubungi Minta Wang-“Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer). Kongsi Janna atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara