Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Che Ta Tolak Hantar Anak ke Asrama, Mahu Kes Buli Zara Qairina Jadi Iktibar

by Puteri Alia
August 15, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal, Rozita Che Wan menegaskan kelantangannya bersuara mengenai isu buli bukanlah untuk meraih perhatian, sebaliknya bertujuan membuka mata masyarakat agar lebih peka terhadap gejala yang semakin membimbangkan itu. Rozita atau mesra disapa Che Ta, 54, berkata insiden tragis yang menimpa pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina, seharusnya dijadikan iktibar agar kejadian sama tidak berulang.

Menurut Che Ta, hatinya tersentuh sebaik membaca luahan ibu arwah di media sosial. Dia membayangkan jika dirinya berada di tempat ibu arwah, Noraidah Lamat, pasti sukar membayangkan bagaimana harus berdepan situasi itu sendirian. Demi memastikan isu ini tidak lenyap begitu sahaja, Che Ta mula berkongsi kisah tersebut di InstaStory sebelum memuat naik hantaran di Instagram feed. Tindakan itu ternyata memberi kesan besar apabila video yang dimuat naik meraih 2.3 juta tontonan serta mencetuskan perbincangan meluas dalam kalangan netizen.

Che Ta menjelaskan tujuannya adalah untuk memastikan kes arwah Zara Qairina tidak tenggelam di sebalik lambakan isu viral lain, sekali gus menggesa lebih ramai pihak untuk peduli. Mengimbas pengalamannya sewaktu tinggal di asrama dahulu, beliau mengakui pernah menyaksikan sendiri kejadian buli oleh pelajar senior yang gemar menunjukkan kuasa seolah-olah lebih berpengaruh daripada guru.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menegaskan tidak akan menghantar anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, bersekolah di asrama penuh kerana bimbang dengan isu buli yang kian berleluasa. Dalam masa sama, Che Ta menitipkan kata-kata semangat buat ibu arwah dengan meyakinkan bahawa beliau tidak keseorangan kerana seluruh negara kini bersama menuntut keadilan.

Che Ta sebelum ini antara selebriti yang lantang memperjuangkan kes ini di media sosial. Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi sebelum meninggal dunia di hospital. Kes yang didakwa berpunca daripada buli itu mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga kubur Allahyarham digali semula pada 8 Ogos lalu untuk bedah siasat.

Netizen Geram Dengan Watak Che Ta, Ada Yang Luah Minta KKM Tidurkan "Kak Ju"
che ta
https://lomp.at/fbmga
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG) / @fattahaminz (IG) / @musangberjanggutt (Threads)
Lokal

Fattah Amin Didakwa Fail Kes Hina Mahkamah Terhadap Nur Fazura?- “Selamatkan Ibu Fatima Dari Penjara”

by Nurul A.
April 3, 2026

Nampaknya isu perceraian bekas pasangan, Fattah Amin dan Nur Fazura kembali mencuri tumpuan ramai. Kali ini muncul pula spekulasi baru...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Spotlight

Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Wak Doyok, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, baru-baru ini membuka cerita tentang pendekatan baru dalam hidupnya yang ternyata...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara