• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

China Captain Tiru Babak The Avengers? Kami ‘Murung’ Lepas Tonton Filem Ini!

China Captain dibantu oleh watak-watak adiwira lain seperti Sun Wukong, sami Jo Gong, Bruce Lee dan ramai lagi.

by Khai Azfar
June 1, 2021
Share on Facebook

Sejak beberapa hari lalu, sebuah filem adiwira dari China hangat diperkatakan di media sosial. Jika Amerika berbangga dengan Captain America, namun sebaliknya bagi China Captain kerana mendapat kritikan yang melampau termasuk dari rakyat China sendiri.

Kesan CGI Terlalu Lemah

Mula ditayangkan di Tencent Video pada 18 Mei lalu, filem yang turut boleh ditonton di laman YouTube ini membuatkan kami ‘terpanggil’ untuk menontonnya dan berkongsi ulasan bersama anda. Barangkali ia boleh menjadi tontonan anda ketika musim ‘lockdown’ ini.

Pada permulaan filem mungkin menarik kerana penonton telah disajikan dengan aksi perlawanan China Captain bersama penjahat-penjahat. Namun, keterujaan menontonnya semakin lama semakin ‘hanyut’ dan ada kalanya membuatkan kami leka bermain telefon bimbit.

Ini kerana kesan CGI dan bunyi yang dimainkan tidak menarik dan menganggu perjalanan filem. Sebagai contoh, cuba bayangkan anda sedang menonton babak perlawanan namun terdapat runut bunyi ‘Super Mario’ dimainkan bersama. Hampa bukan?

Tiru Avengers?

Lebih mengejutkan, terdapat beberapa babak yang seolah-olah meniru filem terbitan Marvel Studios, The Avengers. Jika penghujung The Avengers : End Game menunjukkan kesemua adiwira Marvel berkumpul untuk berlawan dengan Thanos dan tenteranya, begitu juga China Captain.

Pada penghujung filem ini, China Captain telah dibantu oleh watak-watak adiwira yang terkenal di negara itu seperti Sun Wukong (Monkey King), sami Jo Gong, Bruce Lee dan ramai lagi. Jika ditanya kami apakah perasaan selepas menonton filem ini? Bangga! Kerana berjaya menghabiskan masa selama satu jam untuk mengetahui kesudahan China Captain.

Berdasarkan carian Murai.my di laman YouTube, sebanyak lebih dari seribu pengguna memberikan tanda tidak suka (unlike) berbanding hanya 100 orang menyukainya. Tidak tahu untuk menonton filem apa ketika ‘lockdown’? Kami cabar anda untuk menonton China Captain!

https://youtu.be/RCP7hWLCe2w

China CaptainReview Filem China Captain
https://lomp.at/j3cyg
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

by Khai Azfar
June 16, 2019

Tidak dinafikan, kewujudan pelakon-pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga...

Read moreDetails
Filem

10 Filem Seram Turki Ini Boleh Buatkan Sampai Terbayang Hantu Di Belakang Anda

by Naddy Joe
July 2, 2020

Sebut sahaja filem seram, pelbagai jenis filem seram yang bermain dalam minda. Antaranya, filem seram Thai, filem seram Korea, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore