Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Cincin Sudah Ada Tapi Modal Kahwin Belum Cukup, Ubai Mahu Shila Amzah Biasakan Diri Hidup Cara B40

by Puteri Alia
April 17, 2023
Share on Facebook

Memasuki gerbang perkahwinan dan memulakan keluarga baharu merupakan perkara yang mengujakan.

Setiap pasangan pastinya mengimpikan keharmonian dalam berumah tangga iaitu mempunyai pasangan yang saling melengkapi, memahami dan bertanggungjawab.

Namun kemanisan rumah tangga tidak akan dikecapi tanpa ujian dan dugaan yang menguatkan hubungan suami isteri.

Rata-rata pasangan yang sudah berkahwin duiji dengan pelbagai dugaan termasuklah menghadapi masalah kewangan.

Jika tidak cekap menguruskan kewangan, ia mungkin boleh menyebabkan perselisihan faham, pergaduhan mahupun perpisahan.

Oleh yang demkian, dalam membina kehidupan berkeluarga, perancangan dan persiapan yang lengkap diperlukan sebelum anda menggalas tanggungjawab ini, terutamanya dari segi kewangan.

Kestabilan kewangan pasangan dan pengurusan kewangan yang bijak seharusnya perlu dititikberatkan sebelum seseorang itu berkahwin.

Sebagai contoh, jika anda seorang yang gemar berjimat cermat dan pasangan pula seorang yang gemar berbelanja berlebihan, pastinya timbul percanggahan dalam perhubungan.

Namun, antara kesalahan yang amat nyata kebelakangan ini adalah mernomalisasikan perkahwinan tanpa perancangan kewangan yang kukuh dalam kalangan anak muda.

Berbahas soal itu, baru-baru ini kekasih kepada Shila Amzah, Ubai mengesahkan cincin yang diberikan kepada penyanyi itu sebagai tanda untuk ke fasa lebih serius dalam hubungan mereka.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, kedua-dua belah pihak masih dalam perbincangan untuk menetapkan majlis merisik atau bertunang.

Bagaimanapun, Ubai meluahkan bahawa dia masih belum mempunyai modal yang mencukupi untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat mengetahui bahawa perkahwinan itu memerlukan keterjaminan yang tinggi dari segi wang ringgit.

“Modal bukan sikit nak kahwin…besar” -Kata Ubai

“Saya ni masih berjinak-jinak dalam bidang ni…modal pun tak cukup ni…kumpul tu ada lah untuk simpanan sendiri..kahwin ni kita kena fikir jauh” – Luah Ubai.

“Kita nak kahwin lama, bukan nak kahwin kejap-kejap…” katanya.

Jelas Ubai apabila di soal menerusi sebuah laman portal hiburan, Shila banyak mengajar dirinya mengenai wang simpanan.

Bukan Semua Bapa Tiri Jahat – Shila Amzah Puji Ubai Layan Seth Seperti Anak Sendiri

Katanya, mengetahui bahawa kekasihnya itu sebelum ini tidak biasa hidup secara bersederhana kali ini dia cuba “mengajar” Shila untuk merasai kehidupan sebagai B40.

“Sekarang baru dia dapat merasa beli barang bundle…” – Jelas Ubai

Menjengah ke ruangan komen video tular di laman TikTok, rata-rata warganet mendakwa bahawa Ubai belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, malah ada yang berpendapat ianya adalah “red flag”.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi hanya berdasarkan video yang tular itu.

“Insya-Allah, cincin itu sebagai tanda untuk ke fasa seterusnya. Bila dah beli cincin, maksudnya saya serius (dalam hubungan). – Jelas Ubai

Ubai yang juga pempengaruh TikTok berkata, mereka akan mengikut proses adat seperti mana yang selalu dilakukan dalam masyarakat Melayu.

“Kami akan melalui proses mengikut adat seperti merisik, bertunang sehinggalah hari bahagia kami. Tapi, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.

Sementara itu, bercakap tentang keadaan Shila yang berdepan kontroversi membabitkan ibu bapanya, Ubai berkata, dia tidak masuk campur hal berkaitan privasi kekasihnya itu.

“Kalau tentang keluarga, saya tak masuk campur sangat sebab saya faham privasi mereka. Tapi, saya akan cuba tenangkan dia.

“Saya beritahu dia, kalau nak kongsikan dengan saya, saya akan mendengar. Kalau dia tak selesa untuk kongsikan, tak mengapa,” katanya.

Sekitar Februari lalu, Shila mengakui sedang menjalin percintaan dengan Ubai sejak tahun lalu.

Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, penyanyi itu dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

shila amzahUbai
https://lomp.at/f30nd
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara