Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Vanidah Imran Naik Angin! Tak Mahu Nasib Convent Bukit Nanas Jadi Seperti Penjara Pudu

by Zaidin Albert
April 20, 2021
Share on Facebook

Hari ini, Convent Bukit Nanas menjadi trending di twitter, kerana ramai yang meluahkan rasa kebimbangan jika sekolah yang dibina pada tahun 1899 bakal diroboh. Isu ini bermula selepas Mahkamah Tinggi membenarkan SMK Convent Bukit Nanas (CBN) mencabar keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui pajakan tanahnya yang bakal tamat pada 6 Sept.

Pelakon Vanidah Imran atau lebih dimesra dipanggil Vee turut merasa sedih dan kesal terhadap  isu ini yang dianggap boleh musnahkan bangunan bersejarah. Di laman instagramnya, aktres itu mempersoalkan sikap rakus sesetengah pihak yang tamak mahukan tanah tersebut.

SMK Convent Bukit Nanas (CBN)

“Kenapa? Pihak rakus mana yang mencari tanah ni? Mengapa orang di pejabat Tanah dan Galian tidak menjawab? Sekolah ini mempunyai surat sokongan dari KPM. Jadi saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh memperbaharui pajakan?

Tambah Vee, sebelum ini terdapat banyak bangunan bersejarah telah musnah termasuklah Penjara Pudu, Le Coq d’Or Mansion dan banyak lagi gara-gara projek pembangunan.

“Sekiranya Convent Bukit Nanas (CBN) dirobohkan, KL akan kehilangan bangunan yang memiliki seni bina yang menarik. Kuala Lumpur tidak ada lagi bangunan sejarah selepas ini, setelah Le Coq d’Or Mansion, kini berubah menjadi W Hotel.

Penjara Pudu

“Bangunan ikonik Penjara Pudu (Jalan Hang Tuah) yang telah dirobohkan dan bakal menjadi penempatan mewah dan Tasputra Perkim milik Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang kini dibina sekolah antarabangsa,” tulis Vanidah.

“Bagaimana kita boleh mengubah naratif negara ini? Untuk menjadi inklusif, bangga dengan identiti, budaya dan warisan sejarah kita?”-soalnya.

Menurut tinjauan kami di laman Petition.org, sebuah petisyen bertajuk “SAVE SMK CONVENT BUKIT NANAS’ telah dibuat. Sebanyak 15 ribu tandatangan diperlukan. Petisyen itu mengajak orang ramai untuk menyokong sekolah untuk pembaharuan pajakan.

penjara puduSMK Convent Bukit Nanas (CBN)vanidah imran
https://lomp.at/5j1pg
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @marissadania_ (IG)
Lokal

“Saya Tak Dapat Hak Isteri Yang Sepatutnya, Seadilnya”- Luahan Marissa Dania Undang Kecaman

by Nurul A.
March 31, 2026

Selepas pempengaruh Umisya Mazlan memuat naik hantaran di Threads, meminta orang ramai tidak mengaitkan dirinya dalam isu rumah tangga suaminya,...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Spotlight

Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih...

Read moreDetails
Foto - @lucintaluna12 (TikTok)
Indonesia

Nekad Berubah & Kembali Ke Fitrah Asal, Lucinta Luna Minta Sokongan Ramai

by Nurul A.
March 25, 2026

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara