• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

COVID 19: Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 Ditunda!

by Khai Azfar
March 17, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius di seluruh dunia serta sejajar dengan pengumuman yang dibuat pihak kerajaan untuk menangguhkan sebarang perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan sehingga 30 April 2020, penganjuran acara tahunan Anugerah MeleTOP Era atau AME 2020 yang sebelum ini dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 12 April 2020 akan turut ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Akan Tetapkan Tarikh Baharu

Ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga yang diambil Astro untuk membendung penyebaran wabak tersebut bagi memastikan keselamatan kesemua pihak yang terlibat diutamakan. Difahamkan pihak Astro kini dalam usaha menetapkan tarikh baharu untuk acara tersebut dan masih belum boleh berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenainya kerana perlu mengambil kira situasi semasa COVID-19.

Undian Diteruskan 

Selain itu, faktor-faktor lain seperti ketersediaan lokasi dan kesesuaian tarikh para selebriti tanah air perlu dipertimbangkan. Dalam pada itu, sesi undian fasa kedua untuk mengundi senarai Top 5 bintang kegemaran yang telah dibuka sejak 3 Mac lalu akan diteruskan seperti biasa menerusi laman web rasmi AME 2020 di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengahari. Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 juga akan terus dibuat sejurus selepas talian undian ditutup, mengikut perancangan asal.

Dalam edaran kepada pihak media, Astro telah memohon maaf di atas segala kesulitan dan berharap dapat berkongsi butiran lanjut berkenaan tarikh baharu dan lokasi AME 2020 dalam masa terdekat.

https://lomp.at/yt00g
Share10Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Freepik
Berita

Insiden Tetamu Airbnb di Johor Bahru Dakwa Keracunan Makanan Cetus Perdebatan Besar

by Iffah Najwa
December 25, 2025

Satu insiden melibatkan seorang tetamu warga Singapura di sebuah Airbnb di Johor Bahru tular di Reddit, sekaligus mencetuskan perbincangan hangat...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

Rahsia Di Sebalik Sky Mirror di Kuala Selangor Yang Buat Ramai Terpukau

by Farah Fatihah
January 24, 2026

Kalau kalian pernah teringin nak rasa macam ‘berdiri di langit’, Sky Mirror di Kuala Selangor adalah tempat yang wajib masuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore