Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Tiket Coway Run 2025 Merdeka Terima Sambutan Hangat!

by Naddy Joe
May 9, 2025
Share on Facebook

Coway, syarikat Best Life Solution, dengan bangganya mengumumkan acara larian tahunan yang dinanti-nantikan, Coway Run yang kini kembali untuk edisi ke-9. Coway Run 2025 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos 2025, bersempena dengan salah satu sambutan paling bermakna di Malaysia, iaitu Hari Merdeka.

Bertemakan ‘Dominasikan Rentak Anda’

Mengetengahkan semangat kemerdekaan, tema tahun ini, ‘Dominasikan Rentak Anda’ mencerminkan daya tahan dan pertumbuhan yang telah memacu Malaysia ke hadapan. Lebih daripada sekadar acara larian, Coway Run menjadi wadah untuk rakyat Malaysia mengekspresikan diri mereka, menzahirkan semangat cintakan negara, dan meraikan hari Merdeka dengan cara lebih sihat dan bertenaga, selari dengan semangat Merdeka yang menyatukan semua. 

Jualan Tiket Terima Sambutan Hangat!

Jualan tiket Coway Run yang bermula sejak 1 Mei 2025 dimulakan jualan pelancaran istimewa selama 24 jam, yang menawarkan tiket serendah RM45. Kemudian, disusuli dengan jualan 72 jam, Jualan Awal dan Jualan Umum yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2025 atau sehingga semua tiket habis dijual.

Disebabkan sambutan hangat orang ramai, jualan tiket Coway Run sebanyak 11,000 slot secara rasmi telah habis dijual untuk semua kategori.

Hadiah Menarik Menanti Pemenang Kategori 10KM & 21KM

Pemenang bagi kategori 10km dan 21km akan bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai dan ganjaran eksklusif berjumlah RM20,000. Bagi kategori 5km dan Kanak-kanak, peserta boleh menantikan lima halangan menarik yang diinspirasikan daripada produk utama Coway, termasuk penulen air dan udara, penyaman udara, kerusi urut dan tilam.

Setiap tahun, Coway Run menjanjikan suasana meriah yang dipenuhi dengan reruai permainan interaktif, cabaran yang mendebarkan dan aktiviti yang menyeronokkan. Namun begitu, acara ini turut melangkaui aspek kesejahteraan diri dengan menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

View this post on Instagram

A post shared by Coway Malaysia (@officialcowaymalaysia)

Bagi setiap tiket Coway Run yang dijual, sebanyak RM10 akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk membekalkan air minuman yang bersih dan selamat kepada komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

Sertai Coway Run 2025 dan raikan hari Merdeka dengan cara yang lebih bermakna, aktif dan penuh semangat. Sama ada anda berlari untuk mencabar keupayaan diri, memberi insipirasi kepada insan tersayang atau menyumbang kepada komuniti anda, setiap langkah mencorak satu perubahan. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.cowayrun.com.my/ untuk membeli tiket anda sekarang.

Pelanggan Bengang Lebih Lima Bulan Tunggu Servis, Isu Penapis Air Cetus Perdebatan Netizen
Cowaycoway run 2025
https://lomp.at/n2tfd
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore