Friday, August 22, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home missmurai

CU x Dato’ Fazley: 5 Juadah Inspirasi Tahun Baru Cina Kena Cuba Sekarang

by Lisa Ghani
January 31, 2023
Foto - CU x Dato' Fazley

Foto - CU x Dato' Fazley

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Dato’ Fazley Yaacob berkolaborasi dengan kedai serbaneka CU untuk juadah sedia ada. Apa benda baru yang ditawarkan mereka? Katanya juadah fusion yang lain daripada yang lain!

Hasil kreativiti CU dan chef selebriti Malaysia popular Dato’ Fazley Yaakob, juadah ini merupakan rangkaian sedia untuk dimakan inspirasi Tahun Baru Cina yang diberi nama Dato Fazley Yaakob Creation Series.

Untuk siri, Chef Dato’ Fazley menggunakan kepakarannya menggabungkan makanan kegemaran tempatan Malaysia dengan elemen masakan Korea dan Cina terpilih untuk menghasilkan masakan unik khusus untuk CU.

Rangkaian Dato’ Fazley Yaakob Creation Series menggabungkan rasa unik dan ramuan kegemaran Malaysia untuk menghasilkan perisa hebat dan membangkitkan selera dalam 5 juadah. Dengan hidangan sebegini enak, unik dan premium serta ditawarkan pula pada harga berpatutan, siapa yang tak suka?

Jom kita lihat, 5 juadah yang disediakan Dato’ Fazley bersama-sama CU; memang menyelerakan tau…

  • Sandwich Daging Carik Lemak Cili Api Telur Mayonis, RM6.59 – Daging yang dimasak dalam campuran lemak santan, kunyit dan rempah lain, dihidang dengan telur cili api untuk keenakan maksimum.
Foto – CU x Dato’ Fazley
  • Roti Bandung Strawberi, RM3.99 – Dibuat dengan tepung Jepun, ban lembut dan gebu berinspirasikan Bandung ini cair dalam mulut dengan keenakan dan kewangian rasa Bandung dan jem strawberi.
Foto – CU x Dato’ Fazley
  • Laksa Negeri Sembilan, RM10.99 – Hidangan istimewa kegemaran Chef Dato Fazley. Mi kenyal dihidangkan bersama ramuan laksa enak dalam kuah yang kaya, berkrim dan berempah.
Foto – CU x Dato’ Fazley
  • Gimbap Nasi Lemak Sambal Oren, RM10.99 – Hidangan yang mempunyai kisahnya tersendiri. Oren melambangkan kemakmuran, nasi melambangkan kekayaan, manakala sambal menyatukan kita semua.
Foto – CU x Dato’ Fazley
  • Nasi Goreng Yuan Yang bersama Ayam Rumpai Laut Berkuah, RM12.99 – Dihidangkan dengan popia goreng, hidangan fusion Cina-Melayu ini merupakan kombinasi unik perisa enak bersama-sama ayam rumpai laut.
Foto – CU x Dato’ Fazley

Jadi, apa tunggu lagi. Kunjung kedai CU yang berdekatan dan cuba sendiri keenakan hidangan fusion hari ini.

dato' fazley yaacobkedai korea cu
https://lomp.at/3ex9r
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  3. 3

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  4. 4

    [VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad

  5. 5

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem