• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Cuit Sikit Jangan Sentap”, RTM Siar Bual Bicara Suara Anak Muda Di TV1

by Aphit J.
June 17, 2023
Share on Facebook

“Cuit Sikit Jangan Sentap”, bual bicara santai terbaharu di RTM sudah pasti akan menghadirkan suntikan kelainan.

Isu Berkaitan Belia

Ini kerana program ini berbeza dengan bual bicara sedia ada, program ini memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan belia dan anak muda.

Memberikan inspirasi dan santapan minda buat seluruh penonton khususnya golongan belia, RTM berharap lebih ramai akan menonton dan mendapat manfaat daripada program berdurasi 60 minit yang turut menyentuh soal nilai-nilai murni dan kerohanian ini.

Menampilkan Wajah Baharu

via RTM

Disiarkan setiap Sabtu, pukul 11.05 pagi menerusi saluran TV1, Berita RTM/ Live – FB / TikTok dan Youtube, ia memaparkan kandungan isu-isu semasa golongan belia sekitar umur 16 hingga 45 tahun berkaitan informasi, gaya hidup permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian.

Program bual bicara santai terbitan Seksyen Ehwal Semasa RTM ini menampilkan pengacara muda berbakat dan wajah baharu iaitu Irfan Syahmi Nasution, Hafez Dolson dan Syairul Islam Basmullah.

Terdapat Artis Jemputan

Di samping itu dalam setiap episod, hos bakal menemubual tetamu jemputan yang terdiri daripada pendakwah, motivator, selebriti dan anak muda yang berperanan besar dalam menyuntik inspirasi kepada orang lain.

Menariknya selain kupasan bersama tetamu di studio, tinjauan pandangan orang ramai juga turut diselitkan dalam perbincangan tersebut.

Boleh Interaksi Melalui Media Sosial

via RTM

Sesi interakif bukan sahaja bersama tetamu jemputan di studio, malah penglibatan bersama penonton seperti di media sosial TikTok, FB dan juga talian telefon turut dibuka bagi memberi ruang interaksi.

Jika terlepas untuk menyaksikannya di TV, luangkan masa menontonnya menerusi platform RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

Hafez DolsoIrfan Syahmi NasutionSyairul Islam Basmullah
https://lomp.at/cqdpn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Aril, Akim & Hazama Kongsi Momen Melawat Hafiz Suip Di Kuching, Netizen Terharu-“The Real Sahabat..”

by Naddy Joe
November 19, 2025

Umum mengetahui ibu kepada penyanyi, Hafiz Suip iaitu Halizawati HM Salleh telah pergi mengadap Illahi pada 10 November lalu akibat...

Read moreDetails
Foto - Motoqar
Berita

JPJ Tawar Diskaun Saman Sebanyak 50% Sehingga 30 Disember 2025

by Nurul A.
December 12, 2025

Kamu sudah semak saman JPJ? Bermula pada hari ini sehingga 30 Disember 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun saman...

Read moreDetails
Berita

Didie Alias & Amelina Titip Ucapan Istimewa Buat Erra Fazira-“Akhirnya Allah Dah Aturkan Teman Hidup Kau..”

by Naddy Joe
December 3, 2025

Pelakon, Penyanyi, dan hos terkenal, Erra Fazira baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dia bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya,...

Read moreDetails
Screenshot
Berita

“Terima Kasih Untuk 16 Tahun..”-Zizie Izette

by Naddy Joe
December 8, 2025

Pelakon, Zizie Izette meluahkan rasa pilu terhadap pemergian suaminya, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada Jumaat. Menerusi Instagram Story...

Read moreDetails
Berita

Topi Keledar Lama? Tukar Percuma Dengan JPJ & Selamatkan Kepala Anda!

by Ayu Kamaruddin
December 5, 2025

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah Program MADANI Rakyat (PMR), kini membuka Program Penukaran Topi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore