Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Dah Anak Tiga Pun Tak Pandai Masak” – Ayda Jebat Akui Masih Belajar Demi Pikat Selera Suami

by Puteri Alia
October 29, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi sisi lucu rumah tangganya apabila mengakui masih belum mahir memasak meskipun kini sedang menantikan kelahiran anak ketiga. Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, berkata meskipun kekurangan itu diketahui suaminya, pengacara Nabil Mahir, dia tidak pernah berputus asa untuk belajar memasak demi menggembirakan keluarga kecil mereka.

Menurut Ayda, Nabil sedia maklum sejak awal bahawa dirinya tidak pandai memasak, malah tidak pernah memaksa.

“Sebelum kahwin, saya dah beritahu Nabil yang saya tak pandai masak. Dia cakap okey saja, sebab ibu dia pun tak masak,” katanya dalam perkongsian di aplikasi Threads. Namun, segalanya berubah selepas mereka berpindah ke rumah baharu apabila Ayda mula mencuba masuk ke dapur. “Bila saya cuba masak, Nabil pandang saya dari tepi kuali macam tak percaya. Mungkin dalam hati dia fikir ‘demam ke bini aku ni’,” selorohnya.

Tambah pelantun lagu Temberang itu, walaupun hasil masakannya belum tentu sedap, Nabil tetap menjamah dengan wajah penuh sokongan. “Bila dia rasa, terus cakap ‘sedap, sedap, sedap’ walaupun muka dia lain macam,” katanya sambil berseloroh sama ada dia patut terus berlatih atau menyerah kepada tukang masak profesional sahaja.

Lucunya, semangat Ayda semakin berkobar selepas ramai pengikut media sosial memberi dorongan agar dia tidak berhenti mencuba.

“Ramai komen suruh saya teruskan. Saya pun bersemangat. Sekurang-kurangnya nanti anak-anak ingat air tangan mak. Tapi masalahnya, Nayla suka makanan Jepun. Kena belajar memasak dekat Jepun ke macam ni? Nasib baik Aali bedal saja semua,” katanya bersahaja.

Hasil perkongsian hidup bersama Nabil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla, 4, dan Aali Mateen, 2, sementara Ayda kini hamil anak ketiga. Walaupun masih bergelut dengan periuk dan kuali, semangatnya untuk mencuba jelas membuktikan bahawa kasih sayang seorang ibu tidak pernah mengenal batas, termasuk dalam dunia masakan yang penuh ‘eksperimen’.

Ayda Jebat Kesal Nama Bapa Digelar Sebagai 'Jebat Derhaka'-"Pakcik Makcik Main-Mainkan Nama Dia.."
ayda jebat
https://lomp.at/kt5bc
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara