• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Dalam Agama Islam, Setiap Pasangan Dilarang Lakukan Hubungan Seksual Yang Ini

by Soph Azz
April 5, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Selepas berkahwin, hubungan seksual antara suami isteri itu adalah halal dan dikategorikan sebagai ibadah dalam agama Islam. Tetapi tak semua jenis hubungan seksual itu boleh dilakukan tau!

Setiap pasangan suami isteri perlu tahu apakah adab-adab dan perkara yang dilarang ketika berhubungan seks. Jika tersalah langkah, ianya boleh jatuh hukum haram.

Jadi apakah hubungan seksual yang pasangan suami isteri tak boleh lakukan dan haram di sisi agama Islam?

Dubur dijadikan tempat untuk berhubungan seks 

Agama Islam sangat melarang suami dan isterinya untuk melakukan hubungan seks melalui dubur.

Foto – Pinterest

“Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri di duburnya.” -Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dari Abu Hurairah.

Ini kerana dubur merupakan tempat untuk seseorang membuang air besar, iaitu najis. Bila melakukan hubungan seks di dubur, kamu dan pasangan boleh berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya.

Seks ketika berpuasa atau dalam bulan Ramadan 

Suami isteri perlu tahu, antara bulan dan situasi yang dilarang untuk melakukan hubungan seks adalah dalam bulan Ramadan dan ketika berpuasa. Tak kiralah puasa sunat atau ganti. Pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks dalam waktu ini akan didenda dan wajib untuk membayar denda kafarah. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengganti puasa selama 2 bulan berturut-turut atau memberi 60 fakir miskin makan.

Berhubungan seks dalam keadaan yang kotor 

Sebelum berhubungan seksual, penting untuk kamu dan pasangan untuk bersihkan diri terlebih dahulu. Elakkan untuk berhubungan seksual dalam keadaan yang kotor.

Foto – Pinterest

Rasullulah S.A.W. pada suatu hari pernah bersama dengan isteri-isterinya, baginda akan mandi setiap kali selesai bersama. Aku bertanya: “Ya Rasullulah, bukankah lebih baik engkau cukup mandi sekali saja?” Baginda menjawab, “Seperti ini lebih suci dan lebih baik serta lebih bersih.”

-Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad.

Lakukan hubungan seksual ketika datang haid 

Hukum melakukan hubungan seksual ketika datang haid adalah haram. Untuk pengetahuan kamu jika tetap lakukan hubungan seksual ketika haid, kamu dan pasangan boleh terdedah pada pelbagai risiko penyakit.

Foto – Pinterest

وَ يَسۡـــَٔلُوۡنَكَ عَنِ الۡمَحِيۡضِ‌ۙ قُلۡ هُوَ اَذًى فَاعۡتَزِلُوۡا النِّسَآءَ فِى الۡمَحِيۡضِ‌ۙ وَلَا تَقۡرَبُوۡهُنَّ حَتّٰى يَطۡهُرۡنَ‌‌ۚ فَاِذَا تَطَهَّرۡنَ فَاۡتُوۡهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ اَمَرَكُمُ اللّٰهُ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيۡنَ وَيُحِبُّ الۡمُتَطَهِّرِيۡنَ

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.”

-Surah Al-Baqarah, ayat 222.

Bila lakukan hubungan seks ketika datang haid, suami atau isteri boleh terkena beberapa jangkitan penyakit pada rahim wanita, saluran kencing, ginjal dan pada organ reproduksi lelaki.

Praktikkan adab-adab yang diajar dalam agama Islam, jangan pula sampaikan bahayakan diri kamu dan pasangan okay? Semoga bermanfaat!

Agama Islamhubungan sekshubungan seks haramhubungan seks yang dilarang
https://lomp.at/gb4r7
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Cinta

Kenapa Ezwan Zain Menangis ‘Call’ Erra Fazira Malam Sebelum Nikah?

by Phic ARMAN
December 18, 2025

Siapa sangka, di sebalik majlis pernikahan yang tampak indah dan tenang, tersimpan satu kisah menyentuh hati antara Erra Fazira dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore