Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Jangan Jadi Macam Lembu’- Damian Mikhail Pertahankan Kemenangan Lagu Pelukan Angkasa di AJL Ke-36

by Zaidin Albert
March 8, 2022
Share on Facebook

Kemenangan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah di Anugerah Juara Lagu ke-36 masih hangat menjadi perbincangan di kalangan peminat muzik tanahair. Ada yang menyokong dan terdapat juga yang tidak berpuas hati lagu ini diangkat sebagai juara.

Mungkin ramai yang tidak sedar, bahawa lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu diadili oleh barisan juri yang profesional dan berpengalaman. Antaranya termasuklah LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, dan ramai lagi.

Namun kemenangan mereka dipertikai oleh sesetengah pihak dan perkara ini mendapat perhatian komposer dan penerbit lagu Damian Mikhail.

“SOG dan Shila Amzah menang AJL. Kecoh warga netizen dan industri. Apa kata korang cari alasan meraikan kemenangan orang boleh tak? Raikanlah melalui lagu ni maka dah ada statement jelas potensi besar Underground band dah diterima Mainstream dan penyanyi Mainstream pun dah diterima Underground. Dah bridge the gap. Dah matang semua. Collaborate! don’t hate!”- tulisnya di facebook.

Jangan Jadi Macam Lembu

Menurut bekas anggota kumpulan VE ini, orang ramai haruslan belajar meraikan kepelbagaian genre muzik dan jangan berada di takuk yang sama.

“Kat Malaysia ni, audience kita kena belajar meraikan kepelbagaian genre. Jangan jadi macam lembu. Otak dan citarasa sempit. Zaman rock semua rock. Zaman rap semua rap, zaman RNB semua RNB, zaman balada semua balada. Kan best kalau ada zaman semua pun ada.”- tegasnya.

Sementara itu, dipetik dari BH Online, ketua juri Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL 36), Datuk Mokhzani Ismail berkatalagu Pelukan Angkasa kolaborasi SOG dan Shila Amzah yang diangkat sebagai juara hadir dengan satu pakej muzik lengkap dan berbeza. Katanya lagi, ia mempunyai sisi yang berbeza, sekali gus membawa satu anjakan kepada muzik baharu.

Malik Choo Tampil Dengan Lagu Solo Pertama ‘Suka Kamu’ – Sarat Dengan Cinta & Jiwa Malaysia
altimetdatuk acisDatuk Syafinaz SelamatHelen YapLYMike Chanpelukan angkasashila amzah
https://lomp.at/v7xun
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara