Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

by Puteri Alia
September 4, 2025
Share on Facebook

Penyanyi Daniesh Suffian, 27, meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang kini dinikmati sahabat baiknya, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman. Menurut Daniesh, meskipun hubungan mereka masih rapat seperti dahulu, dia memilih untuk menjaga batas agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan penyokong pasangan tersebut yang dikenali dengan komuniti BASS.

“Hubungan saya dengan Bella adalah kami bersahabat baik. Sebenarnya, saya sangat gembira untuk dia. Sebab, kalau sebelum ini kami banyak buat ‘content’ bersama. Jadi kadang-kadang netizen salah faham apabila ada antara mereka ingat saya dengan Bella bergaduh sebab kami sudah jarang buat video. Tapi sebenarnya sebab saya hormati situasi dia. Cuma saya tak nak lagi macam ‘interframe’ dalam apa pun, komuniti BASS tak nak kacaulah,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran lagu duet Gunung Kinabalu nyanyiannya bersama dua pupu, Azharina Azhar.

Daniesh menegaskan bahawa walaupun kurang dilihat di khalayak bersama Bella, hubungan mereka tidak berubah dan mereka masih sering berjumpa di belakang tabir. Malah, mereka sedang bekerjasama untuk sebuah projek lagu duet yang kini dalam proses.

Jelas Daniesh, keputusan untuk tidak terlalu menonjol bersama Bella dibuat kerana dia tidak mahu memberi kesan negatif kepada kerjaya sahabat baiknya itu. “Saya tak nak nanti bila kerap nampak dengan Bella akan beri kesan kepada karier dia. Saya tak kisah pada diri saya, tapi saya kisah pada karier Bella. Kalau ada apa yang saya buat akan beri impak negatif kepada Bella, saya tak nak buat benda itu. Tapi kalau benda itu positif, saya okay,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan Bella, Daniesh meluahkan rasa syukur melihat perubahan sahabatnya itu yang kini lebih bahagia selepas melalui pelbagai dugaan hidup. “Selama ini macam yang kita semua tahu, Bella punya perjalanan hidup bagaimana. Banyak ‘up and down’ dia, saya nampaklah segala kesedihan dan kegembiraannya. Tapi Alhamdulillah, sekarang saya sangat gembira untuk dia dan saya doakan dia kekal bahagia,” ujarnya yang turut akrab dengan anak perempuan Bella, Ara Adreanna, 5.

Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-"Hanya Kerja, Bukan Cinta"

Daniesh yang sudah tujuh tahun menceburi bidang seni mengakui masih perlu bekerja keras kerana bakatnya belum benar-benar menyerlah. Setakat ini, dia sudah menghasilkan lapan lagu solo dan duet, namun percaya rezeki dalam bidang nyanyian hadir dengan cara dan masa yang berbeza untuk setiap orang.

Bella AstillahDaniesh Suffian
https://lomp.at/fde9y
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara