Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Dari Jadi Perempuan Simpanan Hingga Suami Bunuh Diri, Ini Kisah Cinta Rekha Yang Tragik

by Nurul A.
September 11, 2025
Foto - NDTV

Foto - NDTV

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Bintang Bollywood popular, Rekha bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya tetapi juga kisah hidupnya. Kehidupan peribadinya sering menjadi perbualan ramai, termasuklah satu kisah paling sensasi iaitu hubungan sulitnya dengan pelakon Amitabh Bachchan yang telah berumah tangga ketika itu.

Berdasarkan beberapa sumber, Rekha dan Amitabh mula berkenalan pada tahun 1976 iaitu ketika mereka bergandingan dalam filem ‘Do Anjaane‘. Bermula daripada itu, hubungan mereka telah ‘berkembang’ secara senyap.

Foto – Dil Ki Baat (FB) / Reddit

Malah ada yang melaporkan kedua-dua mereka kerap bertemu secara senyap tanpa pengetahuan isteri Amitabh, Jaya Bachchan, di rumah kawan Rekha. Semuanya dilakukan secara sembunyi sehinggalah hubungan mereka akhirnya terdedah pada tahun 1978.

Hubungan mereka dihidu orang ramai apabila Amitabh telah mengamuk di set penggambaran ‘Ganga Ki Saugand‘ kerana ada pelakon lain yang berlaku biadap terhadap Rekha. Sejak dari itu, gosip cinta mereka sering menghiasi wajah depan akhbar.

Foto – Pinterest

Walaupun mereka pernah menafikan hubungan sulit itu sebelum pengarah Yash Chopra mengesahkannya. Kemudian Amitabh dengan tegasnya tidak mengaku secara terbuka mengenai hubungan itu, manakala Rekha pula muncul bersikap jujur dalam salah satu temu bual.

Kongsinya, Amitabh menafikan kerana mahu menjaga imej, keluarga dan anak-anak. Tetapi bagi Rekha, apa yang penting adalah mereka saling mencintai walaupun hubungan mereka tidak pernah diakui.

Foto – Masala

Selepas kisah cintanya dengan Amitabh berakhir, Rekha berkahwin dengan usahawan Mukesh Aggarwal pada tahun 1990. Rumah tangga mereka tidak bertahan lama kerana Mukesh mengalami masalah mental dan membunuh diri selepas tujuh bulan berkahwin.

Memetik kata-kata Rekha dalam biografinya ‘Rekha: The Untold Story’, pelakon itu mengetahui suaminya sakit jiwa selepas tiga bulan berkahwin dan memutuskan untuk meninggalkan rumah serta tidak menjawab panggilan Mukesh.

Sekadar rekod, sehingga ke hari ini Rekha tidak berkahwin semula dan dia pernah menjadi tular kerana kenyataan lamanya yang merujuk dirinya kepada seorang ‘gila’ seks.

Amitabh Bachchan Pernah Rasa Terancam Dengan Populariti Govinda?
Amitabh Bachchanjaya bachchanmukesh aggarwalrekha
https://lomp.at/jbvy4
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Jep Sepahtu Tinggalkan Sinar FM, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia mengundurkan diri sebagai penyampai radio di Sinar FM....

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara