Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Dari Lucinta Luna Sehingga Mulan Jameela, 7 Artis Indonesia Ini Paling Banyak Haters!

by Soph Azz
July 16, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Siapa sahaja yang tidak mahu menjadi terkenal seperti artis, betul tak? Tetapi nak jadi artis pun ada risiko, salah satunya adalah haters. Kalau kamu nak jadi artis, pastikan mental kamu kuat untuk hadapi risiko ini seperti artis Indonesia ini.

Walaupun sering dikecam dan mempunyai banyak haters, artis ini tetap bertahan dalam industri. Nak tahu siapakah artis Indonesia yang mempunyai banyak haters? Scroll sampai habis okay!

Iis Dahlia 

Tak hairanlah kenapa Iis Dahlia mempunyai ramai haters. Antara salah satu sebabnya adalah, Iis Dahlia pernah menolak undangan perkahwinan Kahiyang Ayu dan Bobby Nasution. Ini kerana lokasi perkahwinan tersebut terletak di sebuah bandar kecil dan tidak mempunyai banyak hotel.

Foto – Pinterest

Dia meluahkan rasa bimbang kerana tidak akan ada hotel yang sesuai dan cukup untuk ahli keluarganya. Selain itu, Iis Dahlia pernah menjadi juri dan meminta seorang peserta dalam Kontes Dangdut Indonesia untuk pulang kerana memakai pakaian yang sederhana.

Bella Shofie 

Pernah menjadi artis yang paling banyak kontroversi, Bella Shofie pernah bertunang dengan Adjie Pangestu. Tetapi selepas itu, dia berkahwin dengan Suryono iaitu lelaki yang jauh lebih tua daripadanya.

Foto – Pinterest

Bella juga sering bercakap sombong tentang kekayaannya. Selepas mengetahui dirinya mempunyai ramai haters, Bella berkata kontoversi yang dicetuskan olehnya itu adalah gimik kerana diminta oleh pihak pengurusannya.

Lucinta Luna 

Nama Lucinta Luna menjadi sebutan orang ramai kerana bentuk badan dan kecantikannya sebagai seorang wanita. Tetapi setelah diselidik oleh peminat, Lucinta Luna ini sebenarnya seorang transgender. Walaupun ada bukti, Lucinta tetap mengatakan dia adalah wanita tulen. Malah dia juga pernah mengaku sedang hamil tetapi mengalami keguguran.

Kongsi Video Di YouTube, Ahmad Dhani Tuduh Maia "Umpat & Fitnah" Mulan Jameela
Foto – Pinterest

Disebabkan pembohongannya, Lucinta sering dikecam dan mempunyai haters yang agak ramai. Makin dikecam, makin menjadi-jadi Lucinta.

Ayu Ting Ting 

Terkenal sebagai penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Raffi Ahmad dan Nagita Slavina. Disebabkan oleh hal tersebut, penyanyi dangdut ini mempunyai akaun haters yang diikuti lebih ratusan ribu orang.

Foto – Pinterest

Nikita Mirzani 

Ibu anak tiga, Nikita Mirzani tidak pernah peduli dengan haters nya. Malah dia kerap kali mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengundang kontroversi.

Foto – Pinterest

Tetapi yang menjadi menariknya, semakin ramai yang mula menyokongnya disebabkan oleh keberaniaannya dalam menyatakan pendapat.

Mulan Jameela 

Pelatun lagu Wonder Woman, Mulan Jameela pernah dituduh sebagai penyebab utama kepada keretakan rumah tangga Ahmad Dhani dan Maia Estianty. Walaupun bukti tidak mencukupi, haters sangat yakin dengan perkara ini.

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu, Dhani dan Mulan pernah tinggal bersama-sama sebelum ini. Jadi sebab itulah menjadi punca kenapa Mulan mempunyai ramai haters.

Barbie Kumalasari 

Setelah bertahun-tahun tiada cerita mengenainya, Barbie Kumalasari telah mengejutkan orang ramai dengan perubahan tubuh dan penampilannya. Tetapi ini bukannya menjadi penyebab kenapa dia memiliki haters.

Foto – Pinterest

Barbie memiliki haters kerana dia terlibat dalam kontroversi sejak berkahwin dengan Galih Ginanjar yang didakwa dalam kes video ikan masin. Malah Barbie juga sering mengeluarkan pernyataan yang kurang menyenangkan.

Kalau kamu nak tengok berapa ramai haters artis Indonesia di atas, cuba kamu cari di media sosial. Pasti terkejut melihat betapa banyaknya akaun haters mereka.

artis paling dibenciayu ting tingbarbie kumalasaribella shofieIis DahliaLucinta Lunamulan jameelanikita mirzani
https://lomp.at/gz79e
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Lokal

Nabila Razali Terkilan, Vokal Dikaitkan Dengan Hal Peribadi

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi, Nabila Razali berkongsi rasa kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengaitkan mutu kualiti nyanyian dengan kisah kehidupan peribadi seseorang...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara