Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Baju Merah Nampak Lagi Muda? 5 Selebriti Wanita Di Usia 40an/50an Ini Berjaya Buktikan!

by Phic ARMAN
July 15, 2019
139
KONGSIAN
Share on Facebook

Warna merah merupakan salah satu warna yang mampu menyerlahkan penampilan bagi seseorang wanita. Dengan padanan yang sesuai, seorang wanita yang menggunakan busana atau gaun merah tentu akan menjadi perhatian ramai. Tapi benarkah warna ini mampu membantu wanita pada usia 40-an nampak lebih muda?

Sebenarnya ramai selebriti wanita pada usia 40an memilih warna merah untuk busana mereka dalam beberapa acara mereka hadiri ataupun sekadar untuk gambar OOTD di Instagram.

Jadi, kami di murai.my ingin rangkumkan 5 selebriti yang menyerlah dan lebih muda dalam busana merah.

Ziana Zain

Foto: @sethandluna_artisan

Penyanyi dan usahawan ini kenakan busana merah saat menghadiri majlis pelancaran Majalah Salam Today pada April yang lalu. Ternyata penampilan Ziana ini telah mencuri perhatian ramai kerana gayanya seperti remaja padahal usianya sudah 51 tahun.

Zahida Rafik

Wanita kacukan Melayu dan Pakistan ini terlihat mengenakan gaun warna merah saat menghadir sebuah majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina. Zahida yang sudah memasuki usia 40 tahun ini ternyata nampak lebih muda dan menyerlah mengenakan warna ini.

Rozita Che Wan

Foto: IG Rozita Che Wan

Beberapa waktu yang lalu, pengusaha produk kosmetik Najeeb Azami Perfecting Cushion, Najeeb Azami telah mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri. Suasana meriah rumah terbuka tersebut diserikan kehadiran Rozita Che Wan yang mengenakan baju kurung moden bekerlipan warna merah, bahkan penampilannya dinilai cantik dan begitu menyerlah.

Datin Ezurin Khyra

Foto: IG Ezurin Khyra

Mungkin wanita ini tidak dikenali di kaca TV namun dia memiliki pengikut yang ramai di media sosial kerana kehidupannya yang menjadi dambaan ramai wanita.

Penampilan Ezurin di kebanyakkan acara yang dihadirinya sering mendapat pujian pengikutnya. Termasuk busana warna merah yang dipakai oleh Ezurin pada gambar OOTD di Instagramnya. Seksi dan Menawan!

Ezurin banyak menghabiskan masa di London kerana anak-anaknya belajar di United Kingdom. Ternyata ramai yang mengagumi keberanian beliau untuk mengenakan fesyen ‘daring’ dalam usianya yang sudah 40an.

Deanna Yusoff

Agak lama tidak dengar khabar pelakon yang pernah popular di era 90an ini. Kali terakhir dalam dunia perfileman, Deanna memegang watak sebagai Cempaka Sulastri dalam filem seram Aku Haus Darahmu, yang ditayangkan pada 2 Februari 2017. Ia turut dibintangi oleh Nad Zainal dan Zoey Rahman. 

Deanna yang kini sudah berusia 52 tahun terlihat lebih mudah dengan mengenakan busawa berwarna merah ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut.

Ternyata warna ini sememangnya mampu menarik perhatian malah ia akan membuatkan si pemakai nampak lebih muda. Selain itu warna merah juga membuatkan si pemakai lebih yakin dan percaya pada diri.

Datin Ezurin Khyra
https://lomp.at/79p3x
Share61Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem