Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas melakukan ‘birthday prank’ sempena hari lahir suaminya serta anak lelaki mereka, Luqman, baru-baru ini.
Datin Shahida menerusi hantaran di Instagram , menceritakan dia dan anak-anak yang lain telah merancang hampir seminggu untuk melakukan kejutan buat Aliff. Malah, mereka sempat ‘prank’ Aliff dengan menimbulkan suasana kelam kabut yang menyatakan keadaan kediaman mereka yang terbakar.
“Dah seminggu sebenarnya mama rancang dengan Qadejah, dengan Ammar nak buat surprise dekat Papa. Kita taknak papa tau tu sebab kena rancang betul. Mama dah siap tempah decoration semua, segala makanan dengan cake Papa dengan Luqman. Tarikh hari jadi mereka sama ya.
Tugas Qadejah dengan bibik tudung kena panggil Papa jerit jerit cakap rumah dah terbakar. Kelam kabut la Papa turun nak tengok. Papa ni kalau apa apa hp dia akan rekod dulu. Dia kan kaki viral😂. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Selamat Hari Jadi Papa Laris dan Luqman. Terima kasih untuk segala kerja keras dan penat lelah mencari rezeki untuk membahagiakan mama dan anak anak.”-kongsi Shahida di Instagram
“Yang Penting Kamera Kena Ada Sekali…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aliff yang sentiasa bersedia dengan kamera biarpun dalam situasi kecemasan, malah ramai yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir buat Aliff dan Luqman.
“Yang penting kamera kena ada sekali walaupun rumah ‘terbakar’ 😂.”
“Aku yang nangis, semoga murah rezeki selalu buat keluarga Dato.”
“Rumah besar bila buat preparation memang tak perasan lah. Rumah kecik memang tak boleh buat kejutan.”
“Happy birthday Dato, semoga sentiasa sukses dalam bisnes dan menjadi penyumbang untuk zakat.”
“Suprise Dato tapi saya pulak sebak sekali. Btw birthday Dato sama dengan birthday suami saya hari ini.”
Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al- Hakim.






