Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Datin Shahida Sindir Netizen Suka Jaja Isu Rumah Tangga, Pesan Doakan Saja Yang Baik

by Puteri Alia
October 24, 2025
Share on Facebook

Usahawan dan bekas anggota kumpulan Solehah, Datin Seri Shahida tampil menasihatkan orang ramai agar tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain, terutama ketika konflik sedang hangat diperkatakan di media sosial. Menurut Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida Mohd Rashid, 40, tindakan paling wajar bagi mereka yang tidak terlibat adalah dengan mendoakan perkara baik dan bukan menambah api dalam kemelut yang dihadapi pasangan terbabit.

“Jangan sibuk rumah tangga orang sebab bukan rumah tangga kita. Doakan sahaja yang baik-baik,” tulisnya di platform Threads baru-baru ini.

Tambah isteri kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri itu, ramai yang lantang bersuara tentang isu rumah tangga orang lain sebenarnya juga pernah melalui fasa ujian serupa dalam kehidupan masing-masing.

“Masing-masing sudah pernah ada ujian rumah tangga. Kita bukan terpaling bahagia pun,” ujarnya dengan nada berlapik namun penuh makna.

Walaupun Shahida tidak menyebut sebarang nama, ramai warganet beranggapan kenyataan itu seperti memberi teguran umum terhadap sikap sesetengah pihak yang gemar menjadikan kisah peribadi selebriti sebagai bahan perdebatan di media sosial.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Threads yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. Mereka berpendapat bahawa isu rumah tangga adalah sesuatu yang terlalu peribadi untuk dihakimi secara terbuka.

“Setuju dengan kenyataan ini, terima kasih mengingatkan. Akhirnya ada juga hantaran positif sebegini, terlalu banyak yang negatif,” komen seorang pengguna.

Nasihat Shahida itu muncul di tengah-tengah kekecohan mengenai kemelut rumah tangga pasangan pelakon popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang menjadi tumpuan hangat warganet. Lebih mengejutkan, Uqasha akhirnya memfailkan perceraian terhadap Kamal atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

[VIDEO] Datin Shahida Ajar Yusoff Cakap Loghat Kedah, Ramai Pula Yang Seronok
datin shahida
https://lomp.at/3m47r
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny berkongsi keadaan terkini selepas mengalami kemalangan jalanraya bersama ibubapanya, semalam. Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa Kongsi...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara