• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

ND Lala & Fauziah Bercerai Setelah 34 Tahun Bersama

by Naddy Joe
August 9, 2023
Share on Facebook

Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman memaklumkan bahawa dirinya telah bercerai dengan penyanyi terkenal era 80-an dan 90-an iaitu Dato’ Amir Hamzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala setelah 34 tahun bersama.

Terima Lafaz Cerai Kedua Pada 8 Ogos

Perkara itu dimaklum sendiri oleh Fauziah menerusi hantaran di Instagram, yang memaklumkan mengenai dirinya yang telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar pada pagi semalam.

“Alhamdulilah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya. Saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai pada pagi 8 Ogos 2023.

Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.”-kongsi Fauziah di Instagram

“Apa Yang Telah Saya Lalui Saya Redhakan…”

Tambahnya lagi, ibu kepada empat cahaya mata ini menjelaskan tujuannya mengenai status dirinya itu agar tidak timbul sebarang fitnah.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.

Apa yang telah saya lalui saya redhakan dan InsyaAllah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik buat saya.”-tulis Fauziah

View this post on Instagram

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Sekadar info, Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman menrdirikan rumah tangga pada 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nurshahila Amir Hamzah, Amir Syafiq, Amir Shahir, dan Syada.

nd lala
https://lomp.at/t1u8x
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  4. 4

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore