Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Aliff Syukri Disenarai Penyumbang Zakat Terbesar Selangor

by Puteri Alia
September 25, 2025
Share on Facebook

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri muncul antara penyumbang terbesar zakat di negeri Selangor menerusi syarikat korporat masing-masing iaitu CTDK Holdings Sdn. Bhd. dan D’Herbs Holding Sdn. Bhd. Sumbangan besar daripada dua figura ternama itu sekali lagi membuktikan peranan golongan selebriti dan ahli perniagaan dalam memperkukuh ekosistem zakat untuk manfaat golongan asnaf.

Siti ketika ditemui pada majlis minum petang bersama pengeluar zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor bersama Yayasan Raja Muda Selangor berkata, membayar zakat adalah kewajipan yang tidak pernah diabaikannya sejak mula berniaga. “Membayar zakat adalah wajib bagi yang beragama Islam. Memang saya akan pastikan bila sampai tempoh, saya akan bayar zakat perniagaan. Memang saya tak pernah culas sejak saya tubuhkan syarikat malah sejak sebelum saya berkahwin lagi,” jelas pelantun lagu Biarlah Rahsia itu.

Tambahnya lagi, ada ketenangan yang sukar digambarkan setiap kali menunaikan zakat. “Setiap kali saya bayar zakat hati saya rasa tenang. Bagi yang belum memulakan membayar zakat atau pernah culas, kita kena ingat setiap wang yang kita perolehi ada bahagian orang lain juga. Kita perlu bayar zakat sebagai salah satu cara untuk mensucikan harta benda kita dan melancarkan perniagaan supaya pendapatan kita lebih berlipat ganda,” katanya.

Bagi pihak Aliff Syukri, anak sulungnya Ammar Ahyan tampil mewakili keluarga serta syarikat D’Herbs. Ammar tidak menyembunyikan rasa bangga terhadap pencapaian bapanya yang masih kekal sebagai antara penyumbang terbesar zakat di Selangor. “Sebagai anak sudah tentu saya gembira dan bangga dengan pencapaian ayah saya beserta seluruh kakitangan syarikat D’Herbs termasuklah ibu saya sendiri, Datin Seri Nurshahida. Saya harap selepas ini kita boleh menyumbang lagi kerana matlamat kita adalah untuk membantu seramai yang mungkin,” katanya.

[VIDEO] Siti Nurhaliza Terharu Dapat 'Rehearsal' Dengan Tun Dr Hasmah, Netizen Sebak!

Menariknya, Ammar turut berkongsi azamnya untuk mula menunaikan zakat apabila cukup syarat. “Insya-Allah tahun depan saya pula yang akan mula membayar zakat. Tahun ini tak boleh kerana masih belum cukup umur,” katanya lagi sambil mengakui ia menjadi inspirasi buat dirinya untuk mencontohi jejak langkah ibu bapanya.

Selain CTDK Holdings dan D’Herbs Holding, beberapa syarikat besar lain turut tersenarai sebagai penyumbang utama termasuk Bawal Sdn. Bhd. dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, menggambarkan komitmen korporat dalam menyokong agenda kebajikan serta kesejahteraan ummah.

datuk aliff syukridatuk seri siti nurhaliza
https://lomp.at/1woiw
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara