Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dedikasi Buat Para Pejuang, Sheila Majid Dendang Lagu Wira Hatiku Sempena Lagu Tema Filem Juang

by Aphit J.
July 30, 2022
Share on Facebook

Tidak ada yang lebih besar dari erti perjuangan yang perlu mengorbankan bukan sahaja tenaga atau wang ringgit, tetapi insan tersayang.

Itulah perjuangan yang dilakukan oleh hampir semua ‘pemain’ barisan hadapan atau frontliners saat berhadapan situasi genting dan kritikal pandemik COVID 19 yang bukan sahaja melanda dunia, tetapi Malaysia, dua tahun lalu.

Kolaborasi Bersama 5 Sutradara Berprolifik Tinggi

via Oprnetwork

filem Juang, kolaborasi bersama oleh Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor dari Suhan Movies dan Jack Lim dari The Film Engine selaku Penerbit Eksekutif.

Menguatkan jalan cerita yang diarahkan oleh lima sutradara berprolifik besar negara ini adalah sebuah lagu tema yang didendangkan oleh pesohor seni suara, Datuk Sheila Majid.

Dedikasi Khas Buat Para Pejuang

Diberi judul Wira Hatiku, lagu dengan lirik dan komposer dari Rynn Lim ini merupakan sebuah dedikasi yang ditujukan khas buat semua para pejuang yang telah berkorban dalam setiap keperitan menentang ‘liar’nya virus COVID 19 sekaligus merubah hampir keseluruhan kehidupan manusia di dunia.

Pembabitan Sheila Majid meminjamkan suara emasnya dalam projek ini adalah sebuah pengiktirafan bukan sahaja untuk produksi Juang, tetapi juga menghargai frontliners yang banyak melakukan pengorbanan demi memastikan setiap satu rakyat dan negara kita berada dalam keadaan terbaik.

Pemuzik Dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)

via Oprnetwork

Wira Hatiku didukung dengan pasukan pemuzik profesional yang tidak mahu terlepas momen bergabung dalam sebuah projek bersejarah ini.

Mereka adalah pemuzik orkestra dari Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang memberikan persembahan penuh penghormatan sambil dikuatkan dengan susunan muzik dari Mac Chew.

Muzik video Wira Hatiku dirakamkan dalam dewan Filharmonik disulam dengan adegan yang meruntun jiwa cukup melahirkan rasa patriotisme buat penonton, apa lagi mengenang bukan mudah kehidupan yang diharungi saat pandemik tanpa bantuan dan sokongan para frontliners.

Anak Sheila Majid Selamat Bertunang, Rakan Selebriti Banjiri Ruangan Komen!
sheila majid
https://lomp.at/4md5y
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

by Phic ARMAN
April 8, 2026

Di sebalik dunia hiburan yang sering dihiasi senyuman dan glamor, terselit satu kisah yang cukup meruntun jiwa. MURAI mendapat tahu,...

Read moreDetails
Foto - @fikri.madyiii (Threads)
Lokal

Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

by Nurul A.
March 26, 2026

Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara