Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Dia Luar Biasa”- Bapa Oksana Voevodina Komen Tentang Sultan Muhammad V

by Zaidin Albert
January 10, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Andrey Gorbatenko, bapa kepada Miss Moscow 2015 Oksana Voevodina yang dikhabarkan menikahi Sultan Muhammad V, menceritakan tentang keperibadian calon menantunya kala itu.

Dalam wawancara dengan surat khabar Rusia Komsomolskaya Pravda (KP) yang dipetik via The SUn (9/1/2019), dia menjelaskannya. Andrey, yang merupakan seorang ahli bedah ortopedik memuji keperibadian Sultan Muhammad V.

“Dia adalah orang yang luar biasa. Sangat cerdas dan berpendidikan tinggi, ”katanya dalam sebuah artikel yang dikeluarkan pada 7 Januari itu.

“Saya sangat bahagia untuk Oksana,” tambahnya.

Sudah Lama Kenal Dengan Baginda

Andrey dan baginda, ketika bertemu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Andrey juga yakin dengan pilihan anak perempuannya itu kerana dia juga sudah lama kenal dengan Sultan Muhammad V.

“Saya sudah mengenalinya selama satu setengah tahun. Jika saya memiliki keraguan apa pun tentang kesopanan Muhammad, saya tidak akan menyetujui pilihan anak perempuan saya,” ujarnya.

Saat Pertama Kali Jumpa Baginda

Andrey pun juga berkongsi perasaannya saat pertama kali bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 itu. Andrey mengaku merasakan perasaan tenang saat pertama kali bertemu dengan baginda.

“Ketika saya pertama kali melihatnya (Sultan Muhammad V), saya merasakan perasaan tenang yang mendalam dan naluri kebapakan saya segera tahu bahawa Oksana akan baik-baik saja dengannya,” katanya.

Dia melanjutkan pengamatannya tentang Sultan Muhammad V, akui sikapnya yang tulus dan rendah hati.

“Aku tidak melihatnya bahawa dia adalah raja.”

Akur Dengan Keputusan Oksana Mahu Peluk Islam

Andrey juga terpaksa akur dengan anak perempuannya yang memilih memeluk agama Islam.

“Saya ingin mengatakan ini adalah agama yang hebat & Oksana tak salah dalam pilihan ini – isteri harus selalu mengikuti suaminya,” ujar Andrey.

Andrey telah memberikan restunya untuk Oksana menikah dengan Sultan Muhammad V. Malah Isterinya pun juga dilaporkan menyokonh penuh pilihan putrinya. Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina dilaporkan berenikah pada 22 November 2018 di Barvikha, sebuah desa mewah di Moskwa yang dihuni oleh kaum elite Rusia.

Kini, dilaporkan KP pada Rabu (9/1/2019), Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina tengah menantikan bayi pertama mereka.

Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem