Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Dia Mainkan Peranan Baik, Timbulkan Suspens…” – Norman KRU Bela Sheila Rusly?

by Arsiqin Yusof
December 7, 2022
Share on Facebook

Kecoh serta bertebaran di media sosial mempertikaikan tindakan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly yang dianggap biadab selaku juri dalam sebuah rancangan masakan sehingga mengundang cemuhan pedas daripada netizen.

“Tak Semestinya Menggambar Keperibadian Sebenar”

Situasi berkenaan membuatkan CEO KRU, Datuk Norman Abdul Halim tampil memberikan pandangannya selaku individu yang berpengalaman menerbitkan rancangan realiti di negara ini.

“Saya sendiri pernah jadi juri dalam pelbagai program realiti TV. Sememangnya setiap juri atau tenaga pengajar dikehendaki memainkan watak berbeza dan tidak semestinya menggambarkan keperibadian kami yang sebenar,” katanya.

Norman berkata demikian ketika diminta mengulas aksi Sheila yang disifatkan umum sebagai keterlaluan sewaktu mengkritik masakan seorang peserta dalam rancangan berkenaan.

“Jujurnya, komen negatif yang dilempar oleh netizen terhadap Sheila membuatkan saya tertarik untuk menonton rancangan tersebut dari mula sampai ke akhir siaran.

“Saya melihat Sheila memainkan peranan yang sangat baik sebagai pengkritik tegas untuk menimbulkan suspens dan drama dalam rancangan tersebut,” katanya.

Ibarat Guru Di Sekolah

Tambahnya, watak yang dibawakan Sheila juga ibarat sikap tegas seorang guru di sekolah yang mahu melihat anak didiknya berjaya dan menjadi lebih baik.

Malah Norman yang pernah terbabit dalam Akademi Fantasia berkata, rancangan realiti di Barat lebih dahsyat dengan elemen drama yang dipaparkan termasuk membuang masakan ke dalam tong sampah atau mencampakkan ke muka peserta.

“Di Barat, ada sebuah rancangan pertandingan memasak yang popular dikendalikan oleh Gordon Ramsey. Dia turut menghentam peserta dgn kritikan-kritikan pedas hingga menjadikan rancangan TV tersebut popular di serata dunia.

“Sama juga watak yang dibawa oleh Sheila ibaratnya seperti antagonis dalam drama di kaca TV dan tidak wajar dihina secara peribadi di media sosial,” katanya.

Pada masa sama, Norman turut mengucapkan tahniah kepada Sheila kerana menyuntik nafas baharu dalam program TV khususnya bagi rancangan masakan di Malaysia.

[VIDEO] Gelagat Sheila Rusly, Sharifah Shahora & Maria Tunku Sabri, Cetus Reaksi Netizen!-"Cute La Bertiga Ni..."
Norman KRUsheila rusly
https://lomp.at/jesp2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara