• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Diana Sebenarnya Tercicir Cincin Kahwin Ketika Melahirkan, Farid Kamil Kini Tunai Janji Beli 6 Bentuk Cincin Baharu!

by Puteri Alia
April 11, 2023
Share on Facebook

Meroyan atau postpartum psychosis sering dikaitkan dengan kemurungan di kalangan ibu selepas bersalin. Bahkan hal yang demikian adalah normal bagi wanita untuk berasa tidak selesa selepas bersalin.

Bagaimanapun, keadaan ini boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius apabila melibatkan kemurungan.

Umum mengetahui bahawa tubuh wanita mengalami banyak perubahan selepas bersalin, dan memerlukan masa untuk pulih.

Semua wanita yang baru bersalin memerlukan penjagaan. Ini bertujuan untuk memastikan keadaan tubuh badan melalui proses ‘pemulihan’ bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan.

Selepas bersalin, tubuh badan isteri masih lagi dalam proses pemulihan. Samalah juga dengan emosi, perasaan yang bercampur baur.

Bahkan untuk membiasakan diri dengan anak lagi, dengan kesakitan melahirkan anak, susu bengkak lagi, berjaga malam lagi, semua itu adalah salah satu sebab ibu boleh stress dan kemurungan.

Apa jua permasalahan yang dihadapi haruslah ditanggani dengan sebaiknya agar si ibu tidak berasa terbeban sehingga boleh mengganggu emosi.

Oleh yang demikian, ia menjadi tanggungjawab para suami untuk memastikan persekitaran isteri selepas melahirkan adalah positif dan tidak tertekan daripada sebarang permasalahan kecil mahupun besar.

Bercerita soal ini, baru-baru ini pelakon terkenal Farid Kamil ada membuka sebuah cerita berkenaan cincin kahwin yang diberikan kepada isterinya, Diana Danielle yang diwar-warkan telah hilang.

Mengikut sumber video temu-bual oleh sebuah portal media di laman TikTok, Farid menceritakan bahawa cincin Perkahwinan itu sebenarnya hilang saat isterinya melahirkan anak kedua mereka iaitu, Aurora.

“Dia yang pakai…dia yang misplaced cincin tu” – luah Farid

Jelas Farid, ketika anak keduanya dilahirkan menggunakan kaedah water birth, yang memerlukan Diana untuk menanggal segala perhiasan di badan. Bagaimanapun, pelakon itu menjelaskan bahawa cincin tersebut telah tercicir dan tidak dapat dijumpai.

“Dan untuk saya menghalang dia daripada terus bersedih dengan baby kita yang baru tu….saya pun cakap dekat dia takpe yang…cincin ni is not that important…We can buy” – jelas Farid

Insiden kehilangan sebentuk cincin itu menyebabkan isterinya sedih, oleh yang demikian untuk menjaga emosi Diana pada ketika itu daripada berlaku sebarang tekanan atau gangguan emosi yang tidak diingini Farid turut menjanjikan untuk membeli cincin baharu.

Diana Danielle Dedah Sering Periksa Telefon Anak - "Dunia Sekarang Terlalu Terbuka!"

“Happiness during that moment tu yang sebenarnya kita tak boleh beli…tak sangka pula benda itu boleh jadi perkara besar…” – keluh Farid

Bagaimanapun, menurut pelakon itu dia sudah menggantikan 6 bentuk cincin baharu bagi menggantikan sebentuk cincin yang sudah hilang itu.

Terdahulu, bukan setakat bunga ros, pelakon Farid Kamil turut membawa sebentuk cincin untuk memujuk isterinya, Diana Danielle supaya kembali bersama.

Cincin itu dibeli sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.

Terkini, untuk memujuk dengan cara membeli jiwa secara material Diana Daniella, Farid Kamil, sanggup berhabisan sehingga RM319,700 dengan membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Velfire bernilai RM225,000 serta bayaran balik tiket penerbangan ketika melakukan umrah sebanyak RM44,000, itulah tawaran perdamaian yang dibuat terhadap isterinya, Diana.

Dengan material yang ditawarkan itu Farid berharap ia dapat melembutkan hati Diana demi menyelamatkan rumah tangga dan kebaikan dua anak mereka.

Untuk mencairkan hati Diana, barang kemas dan wang pendahuluan nafkah selama empat bulan berjumlah RM40,000 turut disertakan dalam tawaran perdamaian.

“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati pada Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi. – luah Farid

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad 10, dan Nur Aurora 8.

Isu rumahtangga Farid Kamil dan Diana Daniella berantakan sehingga ke tahap Diana menuntut cerai di mahkamah sejurus selepas kisah rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah bertebaran dalam media sosial.

diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/3zsqr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore