• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dibayar RM175,000 Untuk Gadai Maruah, Siti Khadijah Tolak Tawaran Kerja Tidak Bermoral Dan Akui Ramai Artis Sudah Terjebak

by Puteri Alia
August 18, 2023
Share on Facebook

Islam menggariskan adab yang perlu diamalkan oleh setiap orang beriman dalam mencari rezeki sama ada menjadi pekerja awam, swasta mahupun bekerja sendiri.

Ini untuk memastikan setiap pekerjaan membuahkan hasil dalam bentuk rezeki halal, malah lebih penting mendapat keredaan Allah SWT.

Malah keredaan Allah SWT inilah yang menjadikan rezeki yang diperoleh bukan sahaja halal, bahkan berkat dalam erti kata kebaikan yang melimpah-ruah.

Ia menjadi rahsia kepada orang beriman yang sebahagiannya memiliki pendapatan kecil atau sederhana tetapi bahagia dalam kehidupannya sama ada sebagai individu mahupun keluarga.

“Kepada kawan-kawan, jangan gadai maruah dan kerjaya seni kita. Wang akan datang kemudian seiring dengan kerja keras dan bakat.”

Demikian pesanan pelakon popular Siti Khadijah terpanggil mengajak rakan-rakan selebriti agar menjauhi tawaran pekerjaan tidak bermoral yang selalunya datang kepada golongan artis .

Akui pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali Itu, dia pernah ditawarkan pekerjaan ‘underground’ dengan bayaran luamayan sehingga RM175,000  namun tidak dilayan demi mempertahankan maruah diri.

Katanya, bukan sekali bahkan tawaran pekerjaan serupa yang dianggap menyalahi semua aspek sudah beberapa kali ditolak.

“Secara total perkara ini membabitkan sesuatu yang tak kena dan salah tetapi saya akui benda sama kerap terjadi kerana telah menolaknya sebelum ini” luahnya menerusi Insta Story.

Aktres berusia 26 tahun itu berharap pendedahan tersebut dapat memberi peringatan kepada rakan seperjuangan lain supaya berhati-hati dengan perkara seumpama itu.

“Saya terpanggil menangkap isu ini agar dapat bagi contoh kepada teman artis lain untuk tidak terjebak dengan ‘pekerjaan’ yang ditawarkan.

“Mari kita sama-sama elakkan. Anda boleh mengelaknya,” kata pelakon berusia 26 itu.

Dalam pendedahan juara pencarian Gadis Panca NR itu, individu terbabit mendakwa ramai selebriti telah bersetuju melakukan pekerjaan ‘underground’ yang ditawarkan.

Malah mesej berkenaan menyatakan peluang keemasan itu hanya dibuka kepada kelompok artis.

Bukan sekadar mendedahkan ramai yang telah menyahut pelawaan diberikan, tugas yang perlu dilunaskan pula hanya sekitar empat hingga lima jam.

Sepanjang lima tahun dalam industri hiburan, sememangnya pemilik nama lengkap Siti Khadijah Halim itu bersih daripada sebarang kontroversi.

Siti Khadijah Halim
https://lomp.at/tpctw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

TokTi Dilantik Profesor Adjung UiTM – “Saya Bukan Usahawan Mas­yhur, Tapi Ini Amanah Besar”

by Puteri Alia
November 6, 2025

Terus melakar sejarah dalam perjalanan seni dan keusahawanannya, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan pengaruh dan kredibilitinya...

Read more
Hollywood

Akhirnya Katy Perry & Justin Trudeau ‘Official’ Bercinta! Ini 5 Fakta Menarik Pasal Mereka

Hubungan antara penyanyi pop antarabangsa Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, akhirnya confirm lepas Perry sendiri up...

Read more
by Phic ARMAN
December 7, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Fattah Amin Main Trampoline, Raih Perhatian Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin yang bermain permainan Trampoline bersama pengurusnya itu ketika berada di luar...

Read more
by Noah Ab
September 29, 2025
Berita

Zizie Izette Mula Terima Hakikat Pemergian Suami-“Saya Pendam Kesedihan Dalam Diam..”

Pelakon, Zizie Izette membuat perkongsian luahan hatinya setelah genap seminggu pemergian suami, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menghembuskan...

Read more
by Naddy Joe
December 12, 2025
Lokal

Nora Danish Mahu Berdiam Diri Isu ‘Posting’ Nedim-“Saya Hormati Hak Privasi Dia..”

Pelakon, Nora Danish memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai mengenai bekas suaminya, Nedim Nazri Aziz yang meluahkan rasa berang di...

Read more
by Naddy Joe
November 5, 2025
Konsert

Wow! Tur SAMA SAMA Bakal Gegarkan Kuala Lumpur!

Selepas menghangatkan pentas di empat kota utama Indonesia, Tur SAMA SAMA kini bersiap sedia untuk mencipta sejarah baharu di Malaysia!...

Read more
by Aphit J.
October 18, 2025
Foto - @hazwanihelmi (IG)
Lokal

Hazwani Helmi Tampil Bersuara Selepas ‘Dikenenkan’ Dengan Aktor Kacak- “

Spekulasi sesetengah pihak cuba 'mengkenenkan' Hazwani Helmi dengan seorang aktor kacak membuatkan aktres dan aktivis kemanusiaan itu tampil bersuara. Menerusi...

Read more
by Nurul A.
November 21, 2025
Lokal

Diana Danielle Dedah Sering Periksa Telefon Anak – “Dunia Sekarang Terlalu Terbuka!”

Pelakon terkenal, Diana Danielle, meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja yang dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini....

Read more
by Puteri Alia
November 1, 2025
Lokal

Anak Dah Baligh Pilih Tanggal Hijab, Datuk Nora Ariffin Tenang Jawab Kecaman Netizen

Anak perempuannya, Dahlia dikecam selepas tampil tanpa hijab, penyanyi Datuk Nora Ariffin memilih untuk bersikap tenang dan menyerahkan segalanya kepada...

Read more
by Puteri Alia
October 1, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Jadikan Anzalna Sebagai Contoh Berkahwin Dengan Pasangan Yang Tepat

Baru-baru ini, Tular satu video yang memaparkan anak kepada Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang meminta upah kerana telah membantunya mendapat...

Read more
by Noah Ab
November 20, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  5. 5

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore