Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

‘Dibuli’ Ahmad Dhani, Netizen Kecewa Dengan Sikap Tiga Anak Maia Estianty

by Soph Azz
July 10, 2025
Foto - @ahmaddhaniofficial (IG) / @wearingklamby (IG)

Foto - @ahmaddhaniofficial (IG) / @wearingklamby (IG)

98
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiga anak lelaki Maia Estianty, iaitu Ahmad Al Ghazali, El Rumi dan Dul Jaelani, telah menjadi sasaran orang ramai kerana tidak menunjukkan sebarang sikap mempertahankan ibu kandung mereka daripada diserang oleh bapa, Ahmad Dhani.

Untuk pengetahuan kamu, Ahmad Dhani telah memuat naik dua video mengenai tuduhan “umpatan dan fitnah” Maia terhadap isterinya, Mulan Jameela. Video tersebut telah dikongsi di akaun YouTube peribadinya sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Dhani Prasetyo (@ahmaddhaniofficial)

Selepas memuat naik kompilasi “umpatan dan fitnah” mengenai Maia di YouTube, Ahmad Dhani sekali lagi muncul secara terbuka meluahkan rasa terkilan terhadap bekas isterinya di hadapan media Indonesia.

Menurutnya, Maia Estianty langsung tidak menjawab dakwaannya dalam video tersebut. Apabila Maia tidak memberi respons, Ahmad Dhani menganggap apa yang dikatakan oleh bekas isterinya itu adalah fitnah semata-mata terhadap Mulan.

View this post on Instagram

A post shared by PEMBASMI KEHALUAN REAL (@pembasmi.kehaluan.reall)

“Kita lihat sama ada Maia menafikan itu fitnah atau tidak. Kalau saya katakan itu fitnah dan tiada sanggahan, itu fitnah benar. Saya sudah buat dua video, dan jika tidak ada yang menafikannya, itu bukan fitnah.”

Pada masa yang sama, Ahmad Dhani turut mendedahkan sikap anak-anaknya iaitu Al, El dan Dul mengenai masalah ini. Menurutnya, ketiga-tiga anak lelakinya itu sudah lama mengetahui tentang masalah tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Bunda Maia Mussry The Queen (@maiaestiantyreal)

Mendengarkan penjelasan Ahmad Dhani mengenai anak-anak lelakinya, orang ramai meluahkan rasa jengkel dan kecewanya terhadap Al, El dan Dul. Ini kerana ramai yang mengatakan mereka bertiga membiarkan Ahmad Dhani membuli ibu kandung mereka sendiri.

“Dan tiga anak lelaki seorang ibu yang teruk diserang oleh ayah hanya mendiamkan diri, apabila tiba giliran adik mereka diserang netizen, semua memberi respons. Jadi ada sebab kenapa Allah beri Bunda Maia Irwan Mussry kerana ini”, komen @dearsecond.clothing

“Hairan saya kalau ketiga-tiga anaknya hero, ibu dilayan teruk oleh ayah, kenapa mereka bertiga senyap? Apabila tiba giliran adik tiri mereka dikecam, cepat mempertahankan. Kenapa pula giliran ibu mereka berdiam diri?”, komen @lelaasetiani.

Manakala sesetengah netizen mempertahan ketiga-tiga anak Maia yang kelihatan berdiam diri, dengan mengatakan mereka perlu berhati-hati untuk membuat kenyataan kerana public figure.

Apa pun, Murai berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera!

[VIDEO] Tak Percaya Gosip Kahwin Dhani-Mulan, Reaksi Lama Maia Curi Perhatian
ahmad al ghazaliahmad dhaniDul JaelaniEl RumiMaia Estiantymulan jameela
Share39Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem