Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Didakwa Curi-Curi ‘Dating’ Dengan Bekas Suami, Peminat Terkejut Fyna Jebat Jalin Hubungan Semula Dengan Zainal Abidin

by Puteri Alia
August 21, 2023
Share on Facebook

Asasnya, hukum bekas pasangan suami isteri berjumpa adalah sama seperti dua orang yang ajnabi (asing) berlainan jantina berjumpa. Berkenaan hukumnya, ia perlu melihat kepada keperluan.

Sekiranya tidak ada keperluan, sedangkan perjumpaan membawa kepada memandang, berkhalwat, dan bercakap secara mesra antara satu sama lain, maka tidak dibenarkan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Fyna Jebat, dan bekas suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan, yang juga bekas jurulatih bola sepak Liga Super Malaysia menjadi perhatian warga maya selepas tular video mereka keluar makan bersama di media sosial.

Difahamkan pasangan sensasi itu menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di Damansara Utama, sebagaimana dikongsi sebuah portal hiburan dengan kapsyen, Fyna dan Zainal kelihatan mesra ketika menjamu selera berdua.

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video itu terkejut kerana tidak menyangka pasangan ini masih rapat dan berhubungan baik walaupun didakwa sudah berpisah pada awal Mei lalu.

“Wowwww,” tulis seorang netizen seakan terkejut dengan video yang kini tular di Tik Tok itu.

“Orang tu nak sorok-sorok, kau pula bagi kantoi,” komen seorang lagi netizen.

Pada 7 Ogos lalu, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang juga kakak Fyna memberitahu dia sudah tiga bulan tidak berhubung dengan adiknya itu yang dianggap masih dalam tempoh bertenang.

“Fyna kini mungkin masih dalam tempoh bertenang. Saya pun sudah tiga bulan ‘lost contact’ (tidak berhubung) dengannya. Dia menghilangkan diri. Tak jawab telefon dan tak jawab mesej juga.

“Kira-kira dua bulan lalu, dia (Fyna) memang ada menelefon saya, tapi ketika itu saya tidak sempat menjawab panggilannya sebab sibuk dengan penggambaran drama. Saya ada minta dia hubungi semula, tapi dia terus senyap sampai sekarang,” katanya kepada media.

Ayda berkata, dia pun kalau boleh tidak mahu masuk campur dalam kisah peribadi adiknya itu.

Katanya, dia sedia membantu Fyna dari segi karier seni seperti nak buat lagu ke atau berlakon drama.

Terdahulu, kisah Zainal dan Fyna menjadi hangat apabila mereka dikatakan berkahwin secara rahsia pada Januari lalu serta tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.

Ketika menyertai program Famili Duo di TV3 pada 8 Januari lalu, kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian ramai apabila Fyna sendiri mengesahkan status perkahwinan mereka kepada media.

Bagaimanapun, Zainal sudah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini selama 43 tahun sejak 1980 dan bahagia dengan tiga orang cahaya mata hasil daripada perkongsian hidup itu.

Apapun, difahamkan perkahwinan Zainal dan Fyna hanya bertahan hampir empat bulan dan berita perceraian pasangan ini mula diperkatakan awal Mei lalu dan ia juga disahkan oleh saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

Datuk Zainal Abidin Hassanfyna jebat
https://lomp.at/ueemh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zul_ariffin (IG)
Lokal

Zul Ariffin Berhasrat Tamat Zaman Bujang Sebelum Usia 50-an

by Nurul A.
April 6, 2026

Bakal mencecah usia 40 tahun, nampaknya pelakon kacak Zul Arifin nampaknya tidak akan berhenti daripada 'diburu' netizen mengenai soal perkahwinan....

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Spotlight

Misha Omar Tak ‘Koyak’ Kena ‘Sound’ Nampak Tua & Dah Tak ‘Famous’

by Phic ARMAN
April 5, 2026

Alahai… dunia artis ni memang penuh warna, ada manis, ada juga yang boleh buat hati terus “crack”! Itu yang dilalui...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara