Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Didakwa Guna Nama SEARCH Tanpa Kebenaran, Pengurus HOC Bakal Adakan Sidang Media

Sebuah sidang media secara langsung atas talian akan dibuat pada Jumaat ini

by Khai Azfar
May 24, 2021
Share on Facebook

Setelah ahli kumpulan SEARCH terdahulu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dan Nasir Daud mengeluarkan kenyataan untuk membuat tuntutan terhadap ‘Home Of Champions’ berikutan dakwaan menggunakan nama kumpulan tersebut untuk tujuan promosi dan perniagaannya tanpa kebenaran, pemilik dan pengurusnya Mozylir Bin Mokhtaruddin tampil menjelaskan tindakan susulan yang dibuat oleh pihaknya.

Belum Terima Sebarang Notis Tuntutan 

Menerusi sebuah kenyataan media yang dikirimkan kepada pihak Murai.my sebentar tadi, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang notis tuntutan daripada pihak Amy dan Nasir. Malah difahamkan, HOC juga telah melantik peguam bagi tujuan penyelesaian kes ini.

“Merujuk kenyataan media yang telah dikeluarkan pada 20hb Mei 2021 di platform media sosial dan akhbar media cetak serta media elektronik yang pihak kami difahamkan, dikeluarkan oleh Suhaimi Abdul Rahman ( Amy ) dan Nasir Daud ( Nasir )”

1. Kenyataan media tersebut dengan jelasnya memberitahu Home Of Champions ( HOC ) telah menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran untuk menjual pakaian dan aksesori dibeberapa laman web, antaranya www.fenomenasearch.com

2. Sehingga dari tarikh kenyataan media ini dikeluarkan, pihak HOC dan pihak peguam kami belum menerima apa-apa notis tuntutan dari pihak Amy dan Nasir” jelas kenyataan tersebut

Sidang Media Khas Jumaat Ini

Sebuah sidang media secara langsung atas talian juga akan dibuat pada Jumaat ini, (28 Mei 2021) jam 3 petang akan dibuat bagi menjelaskan segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap HOC mengenai isu ini. Sidang media tersebut akan turut dihadiri oleh barisan peguam HOC dan pihak SEARCH Band.

Dalam pada itu, pihak HOC juga memohon maaf kepada pelanggan mereka di atas kesulitan yang terjadi selain memaklumkan operasi perniagaan kami berjalan seperti biasa.

Terdahulu, Murai.my melaporkan Amy dan Nasir mendapat tahu Mozylir telah menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran Nasir, Amy dan waris arwah Yazit.Berikutan itu, mereka elah mengambil nasihat guaman dan mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir untuk menghentikan kegiatan-kegiatannya termasuk jual-beli menggunakan nama band tersebut.

Home Of ChampionsKumpulan Search
https://lomp.at/4jxjl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara