Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

by Noe
February 18, 2026
via imagefx

via imagefx

133
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian di media sosial mencetus perhatian ramai apabila seorang individu mendakwa ibunya tidak dibenarkan memasuki sebuah butik pakaian di Bangi kerana menggunakan kerusi roda.

Menurut perkongsian di Thread, insiden tersebut berlaku ketika kakaknya baru sahaja ingin menolak ibu mereka masuk ke dalam premis.

Namun, staf di pintu masuk didakwa tidak membenarkan kerusi roda dibawa masuk dengan alasan ianya adalah polisi kedai. Mereka juga diminta untuk meninggalkan kerusi roda di luar.

Persoalan besar turut ditimbulkan mengenai nasib pelanggan warga emas atau orang kurang upaya (OKU) yang sememangnya bergantung kepada alat bantuan mobiliti.

Keluarga berkenaan memutuskan untuk meninggalkan premis itu serta-merta.

via Thread /@puterinadiasabdin

Isu Kemudahan Akses Jadi Perhatian

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak sensitif terhadap golongan kurang upaya.

Seorang pengguna kerusi roda meluahkan bahawa meminta individu meninggalkan alat bantuan mobiliti sama seperti menafikan hak asas mereka untuk bergerak.

Ada yang menegaskan bahawa kemudahan akses bukan satu keistimewaan, tetapi hak.

Ada juga yang cuba melihat dari sudut operasi perniagaan. Mungkin pihak premis bimbang tentang ruang sempit, risiko pakaian tersangkut atau kesan pada lantai.

Namun, warganet mencadangkan agar pihak premis menyediakan kerusi roda khas untuk kegunaan dalam premis ataupun menetapkan ruang tertentu bagi pelanggan OKU supaya mereka tetap boleh masuk dan membeli-belah dengan selesa.

via Thread /@6nol4_9687
via Thread /@fatin.iqa
via Thread /@coconuttynut
via Thread /@cera_zamri

Akses Untuk Semua, Bukan Pilihan

Isu ini membuka perbincangan lebih luas mengenai kesedaran kemudahan akses di ruang komersial.

Ramai mengingkatkan bahawa ketidakupayaan bukan sesuatu yang statik tetapi sesiapa sahaja boleh menjadi sebahagian daripada komuniti itu pada bila-bila masa akbiat kemalangan, faktor usia atau kesihatan.

4 Jam Menunggu, Nombor Pula ‘Hilang’? Kisah Pesakit Tercicir Cetus Perdebatan

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak butik berkenaan berhubung dakwaan tersebut.

Dalam dunia perniagaan yang semakin berdaya saing, empati dan akses sama rata bukan lagi nilai tambahan. Malah, ia adalah asas kepercayaan pelanggan.

Jika benar wujud polisi sedemikian, ramai berharap ia dapat diteliti semula demi memastikan semua lapisan masyarakat dilayan dengan hormat dan bermaruah.

Bangibutik pakaiangolongan kurang upayaisu sama ratakemudahan akseskerusi rodaokusuara netizen
https://lomp.at/ygm51
Share53Tweet33SendShare

KINI TRENDING

via reddit
Sosial Buzz

Niat Baik Bertukar Kecoh, Wanita Cedera Dipercayai Dirempuh Orang Ramai Ketika Agih Angpao

by Noe
February 23, 2026

Tindakan murni seorang wanita yang ingin berkongsi rezeki sempena Tahun Baru Cina minggu lalu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila suasana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Nampak Macam Benda Asing Dalam Santan Kotak – Santan Rosak Cetus Rasa Risau Netizen

by Noe
March 24, 2026

Isu keselamatan makanan kembali menjadi perhatian apabila satu perkongsian di Thread tular, memaparkan pengalaman seorang pengguna yang menemui objek mencurigakan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, suasana di THREADS jadi hangat apabila seorang warganet menegur Syed Saddiq secara terbuka. Teguran itu datang selepas netizen...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kongsi Isu Minyak, Aazief Khalid Dikecam Guna Bahasa Inggeris

by Phic ARMAN
March 26, 2026

Nama anak tiri Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid kembali jadi perhatian netizen apabila kenyataannya mengenai isu...

Read moreDetails
via Malay Mail
Sosial Buzz

Nak Berbuka Cepat, Tapi Order Last Minute? – Rider Luah Rasa Kecewa, Minta Pelanggan Lebih Bertimbang Rasa

by Noe
March 13, 2026

Bulan Ramadan sememangnya waktu paling sibuk bagi industri penghantaran makanan. Setiap petang menjelang waktu berbuka, ribuan pesanan masuk serentak apabila...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara