Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Didakwa Tidak Sambut Hulur “Salam Damai” Neelofa, Fazura Maklum Berkawan Atas Izin Fattah Amin

by Puteri Alia
November 10, 2023
Share on Facebook

Untuk menikmati kehidupan yang harmoni, aman dan penuh kedamaian itu setiap individu perlu mempunyai tabiat berlapang dada, suka memberi maaf kepada sesiapa pun yang berbuat salah.

Islam menganjurkan umatnya supaya berlapang dada dan suka memberi maaf kepada sesama manusia.

Jika konsep kemaafan ini tidak diamalkan dengan baik, bahkan sifat dendam pula dijadikan ‘pemimpin’ dalam kehidupan seharian, maka sudah pasti membawa kepada keadaan huru-hara dan ketidaktentuan dalam kehidupan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini media hiburan dikejutkan dengan respon daripada aktres Nur Fazura menjelaskan tindakannya mengulas isu sindiran seorang individu didakwa sebagai peminat tegar Neelofa dalam media sosial hingga tular perlu dilakukan demi membersihkan nama.

Kesal dengan apa yang berlaku, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 40, itu bagaimanapun menafikan penjelasannya itu sengaja dilakukan untuk memancing emosi dan mengaibkan usahawan selebriti itu.

“Tiada niat membuka aib sesiapa, tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata.

“Dalam Faz sibuk menguruskan kehidupan sendiri, keluarga dan rancangan kerjaya, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk pada air yang keruh.

“Dikongsikan ialah rakaman video sebenar ketika wawancara pada majlis pelancaran produk terbaharu, baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri.

“Sejujurnya, Faz hanya menjawab soalan diajukan wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.

“Respon Faz kepada soalan berkenaan perkara ditularkan oleh peminat tegar individu lain, tetapi sekarang digambarkan seolah-olah Faz pula memulakannya. Untuk apa?,” tulisnya menerusi hantaran berbentuk video berdurasi 1.57 saat itu yang dimuat naik di Instagram (IG), malam ini.

Lebih membuatkan pelakon filem Dendam Pontianak ini kecewa apabila keluarga termasuk suaminya, Fattah Amin dan anaknya, Nur Fatima Aisya turut terheret dalam kemelut tidak berkesudahan itu.

“Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk Faz memulakan sesuatu yang tidak produktif.

“Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. Faz sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada Faz dan keluarga selama ini.

Tambah Fazura, dia juga sangat berhati-hati dalam memilih dengan siapa patut berkawan.

“Naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti apa niatnya.

“Sama juga seperti orang lain, Faz berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan.

“Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan,” ungkapnya.

Menutup luahannya itu, Fazura berharap semua pihak dapat meneruskan kehidupan masing-masing tanpa melakukan perkara sia-sia.

“Didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredaan Allah SWT.

“Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat, mudah-mudahan,” ujar Fazura.

[VIDEO] Fatima Seronok Didukung Fazura-"Happynya Nyamma"
fazuraneelofa
https://lomp.at/nj0q4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara