Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Digelar Penyanyi Istana Atau Diraja Dan Disangka Bayaran Harga Kayangan, Haziq Akui Dia Dibayar Tidaklah Begitu Tinggi

by Puteri Alia
February 6, 2024
Share on Facebook

Terdahulu lagu Melayu berentak asli dikenali dan dipersembahkan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 serta dijadikan selingan dalam persembahan teater bangsawan mahupun di dalam istana.

Kemudian sedikit demi sedikit rentak asli yang berentak perlahan dan mendayu berkembang hinggalah pada awal 2000, muncul pelbagai genre baru dikenali sebagai etnik kreatif.

Namun Irama Malaysia tetap menjadi seni karya agung yang menjadi halwa telinga kepada seluruh rakyat Malaysia apatah lagi ia berkait rapat dengan tradisi dan budaya masyarakat melayu.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi lagu Irama Malaysia, Haziq Rosebi mengakui gelaran penyanyi istana atau diraja yang diberikan segelintir pihak sememangnya memberi tekanan dan berat untuk dipikul.

Memetik laporan Berita Harian, Haziq memaklumkan gelaran itu sedikit sebanyak memberi tanggapan kepada penganjur acara bahawa bayaran harga kayangan yang dikenakan untuk menjayakan persembahan.

“Apabila dilabel penyanyi istana memang berat untuk bawa gelaran ini. Saya biasa-biasa sahaja, tapi bila ada label penyanyi istana memang ada rasa lain sikit.

“Ada juga beranggapan bila menyanyi di istana bayaran besar, tapi sebenarnya tak juga sama sahaja.

“Sejujurnya, gelaran ini juga buat saya kurang selesa, ia ibarat bebanan yang besar. Sebab bila mereka label saya begitu, ada sesetengah pihak yang hendak jemput buat persembahan, mereka rasa bayaran saya terlalu mahal.

“Tapi, bayaran tidak sebegitu dan saya biasa sahaja,” katanya.

Haziq yang juga bekas peserta musim keempat program realiti, Akademi Fantasia (AF4) berkata, tidak semestinya bayaran datang daripada pihak istana sekiranya membuat persembahan di sana.

“Kadang-kadang bukan istana bayar bila buat persembahan. Ada ketika Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) atau penganjur yang mengundang itu bayar, jadi itulah situasi sebenarnya.

“Tapi apabila ada yang panggil saya penyanyi istana atau diraja tetap ada juga rasa bangga,” katanya.

Dalam pada itu, Haziq berharap tanda harga diletakkan dapat diterima pihak penganjur kerana apa yang bakal dipersembahkan adalah pengalaman serta ilmu nyanyian yang ditimba sejak 2006.

“Saya sudah menyanyi sejak 2006 dan bukan baru bermula menjejakkan kaki dalam bidang ini. Boleh dikatakan saya ada pengalaman berbelas tahun.

“Kalau ada yang tanya kenapa mahal walaupun menyanyi dua atau tiga lagu sahaja, sebenarnya saya jual pengalaman dan apa yang sudah dipelajari sejak dahulu. Itu pun banyak modal yang perlu dikeluarkan.

“Bagaimanapun, saya terbuka menjayakan sebarang acara dan di mana sahaja. Sama ada di sekolah, universiti, istana atau kenduri kahwin saya terima, jadi harganya juga berbeza,” katanya.

Haziq kembali mendapat perhatian sekitar tahun lalu selepas video menyanyikan lagu Lemak Manis dendangan asal Roslan Madun tular di media sosial.

Haziq Rosebi
https://lomp.at/zwdtz
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @fikri.madyiii (Threads)
Lokal

Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

by Nurul A.
March 26, 2026

Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada...

Read moreDetails
Spotlight

Di Usia Melebihi 40 tahun, Nora Danish Anggap Jodoh Bukan Suatu Paksaan

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Dalam dunia selebriti yang sering dihimpit persoalan peribadi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang asing untuk diperkatakan. Namun bagi Nora Danish,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Buat ‘Birthday Prank’ Kepada Aliff Syukri, Netizen Terhibur!-“Yang Penting Kamera..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas melakukan...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Boss AirAsia Bercinta Dengan Ratu Cantik Malaysia, Lesleyy Cheam. Mohon Doa Ke Jinjang Pelamin

by Zaidin Albert
March 25, 2026

Nama Lesleyy Cheam sekali lagi menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan jejaka dikenali, Ishraq Kamrudin. Lebih menarik, Ishraq bukan calang-calang individu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara