Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dihalang Jumpa Isteri, Kamal Adli Hadiahkan Telekung Buat Uqasha Demi Pujuk Hati Yang Tertutup

by Puteri Alia
October 28, 2025
Share on Facebook

Bagi memujuk insan tersayang yang kini menjauh, pelakon Kamal Adli memilih cara paling lembut dan penuh simbolik, menghadiahkan sepasang telekung kepada isterinya, Uqasha Senrose. Di sebalik langkah itu, tersirat harapan besar seorang suami yang masih ingin memperbaiki hubungan rumah tangga yang kini berada di ambang perpisahan.

Kamal berkata, pemberian telekung itu bukan sekadar hadiah biasa, sebaliknya satu usaha kecil daripada dirinya untuk menyentuh hati isterinya yang kini sukar didekati. Menurutnya, dia tidak mempunyai banyak ruang untuk berhubung selepas menerima surat daripada peguam Uqasha yang melarangnya mendekati isteri serta anak mereka.

“Saya terima surat daripada peguam isteri yang meminta saya jangan ganggunya. Jadi, saya hormat dan anggap mungkin itu tempoh untuk dia bertenang. Kalau boleh, saya tak mahu hal rumah tangga diselesaikan di mahkamah. Sebelum ini, saya pernah cakap tak tahu jalan ke Mahkamah Syariah. Sekarang saya dah tahu dan perasaan itu memang tak menyeronokkan langsung. Saya nak selesai cara baik, sebab kami masih suami isteri dan saya masih sayang dia… sayang sangat-sangat,” ujar Kamal dengan nada sebak.

Menurut peguam syarie yang mewakilinya, Abdul Hadi Salleh, pihaknya juga sudah mengambil langkah menghantar surat kepada peguam Uqasha bagi memohon pertemuan secara peribadi antara pasangan itu.

“Kita ada usahalah. Kita dah hantar surat untuk ajak berjumpa secara personal. Harap ada ruang untuk berbincang,” katanya.

Bagaimanapun, prosiding perceraian pasangan selebriti itu yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi terpaksa ditangguhkan ke 19 November depan selepas peguam yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, menarik diri daripada kes tersebut.

Peguam Kamal memaklumkan, prosiding hari ini hanya membabitkan sebutan bagi pihak defendan. Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali kemudiannya memberi peluang dan amaran terakhir kepada plaintif agar hadir bersama peguamnya pada tarikh akan datang bagi meneruskan kes atau sebaliknya.

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- "You’re Being Real..."

Kamal dan Uqasha, yang pernah menjadi pasangan romantik kesayangan ramai, mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis indah di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Meskipun jarak dan situasi undang-undang kini memisahkan mereka, tindakan Kamal memberikan telekung kepada Uqasha seolah-olah menggambarkan doa yang belum putus harapan agar cinta mereka masih bernafas dalam ruang kemaafan dan keinsafan.

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/tuan3
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara