• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dihantui Selepas Mendendangkan Lagu Keroncong Alunan Biola, Datin Alyah Jatuh Sakit Setelah Diusik Suara Misteri!

by Puteri Alia
June 9, 2023
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa Al-Quran dan hadis banyak menyebut mengenai iblis serta syaitan yang akan kekal hidup hingga kiamat dan Allah SWT menceritakan bagaimana ia akan cuba untuk membawa manusia ke jalan kesesatan.

Maka, penting kepada Muslim untuk meletakkan keseimbangan fizikal dan spiritual untuk menghindari daripada gangguan syaitan memandangkan ia sukar dikesan kerana tidak dapat dilihat mata kasar.

Justeru ketika jiwa berasa kosong kerana tidak terisi dengan mengingati Allah SWT dan pada masa, dihambat pelbagai tekanan, ia sebenarnya membuka peluang untuk seseorang diganggu makhluk halus.

Oleh itu, individu yang mempunyai sejarah pernah mengalami gangguan syaitan dan iblis perlu lebih berhati-hati kerana perkara ini boleh berulang semula jika tidak segera dipulihkan.

Berkongsi mengenai pengalaman ngeri, penyanyi Datin Alyah mendedahkan pernah berdepan dengan pengalaman mistik apabila diganggu dengan suara aneh sehingga demam ketika mendendangkan lagu keroncong beberapa tahun lalu.

Menurut Alyah atau nama lengkapnya Noor Hasliah Abu Hasan, akibat gangguan tersebut, dia tiba-tiba jatuh sakit sehingga demam selepas selesai menyanyikan lagu keroncong berjudul Alunan Biola.

“Pengalaman ini terjadi sekitar awal tahun 2000-an sewaktu saya merakamkan lagu Alunan Biola dalam studio Rentak 50 di Angkasapuri, RTM.

“Saya ingat lagi ketika saya menyanyikan rangkap pertama, tiba-tiba ada suara lain yang menyahut nyanyian saya.

“Bila saya mengadu pada ‘soundman’, dia beritahu memang sebelum ini pernah ada penyanyi lain mengalami pengalaman serupa,” kata Alyah kepada Kosmo! Online.

Ketika pulang ke rumah, penyanyi yang kini berusia 42 tahun itu berkata seluruh badannya menggigil dan demam pada keesokan harinya.

“Esoknya saya terus demam. Pengalaman ini memang saya akan ingat sampai bila-bila,” ujarnya.

Memetik laporan Kosmo, penyanyi terkenla ini ada berkongsi penglibatannya dalam Konsert Keroncong Malaysia yang bakal diadakan pada 5 dan 6 Ogos nanti di Istana Budaya, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS itu mengakui teruja untuk terlibat dalam konsert tersebut kerana sudah lama tidak menyanyikan lagu-lagu berentak keroncong.

[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!

Lebih membuatkan Alyah teruja apabila dia bakal berkongsi pentas bersama barisan penyanyi legenda terkenal seperti Datuk Yusni Hamid dan Datuk Khadijah Ibrahim.

“Pada konsert itu nanti saya akan menyanyikan dua buah lagu keroncong. Judulnya saya tidak mahu beritahu lagi.

“Bila saya dapat tawaran untuk terlibat dalam konsert ini, saya rasa sangat seronok sebab dah lama saya tidak menyanyikan lagu keroncong. Saya kena berlatih dan asah semula nyanyian keroncong
saya,” katanya ketika ditemui di sidang media Konsert Keroncong Malaysia di Istana Budaya, semalam.

Selain Alyah, Yusni Hamid dan Khadijah Ibrahim, konsert selama dua hari itu turut menampilkan penyanyi rock legenda, Datuk Awie serta penyanyi Korea, Han Byul dan akan diiringi dengan 40 pemuzik orkestra Keroncong Irama Perindu

Datin Alyah
https://lomp.at/ggjx8
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ucapan Emir Buat Mira Filzah Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Buat Netizen ‘Speechless’!

by Naddy Joe
September 4, 2025

Suami kepada pelakon jelita, Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar mencuri perhatian netizen hantaran istimewanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka...

Read more
Screenshot
Indonesia

Afgan Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia Menerusi Retrospektif Showcase

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung...

Read more
by Naddy Joe
October 6, 2025
Foto - @juliaprt7 (IG)
Indonesia

Akui Curang Na Daehoon, Julia Prastini Tampil Mohon Maaf- “Dari Lubuk Hati Saya…”

Pempengaruh Indonesia, Julia Prastini akhirnya tampil bersuara mengenai khabar angin hubungan sulitnya yang telah diperkatakan secara meluas oleh orang ramai....

Read more
by Nurul A.
October 28, 2025
Lokal

[VIDEO] Bella Astillah Salam Tak Pandang Wajah Ibu Syed Saddiq, Timbul Persoalan Netizen..

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Bella Astillah yang lengkap berpakaian kebaya berwarna hitam dan bersalaman dengan ibu kepada...

Read more
by Noah Ab
September 19, 2025
Lokal

Sharnaaz Ahmad Akui Lima Tahun Hidup Duda Masih Sunyi, Belum Bersedia Cari Pengganti

Lima tahun menyandang status duda ternyata tidak membuatkan pelakon versatil, Sharnaaz Ahmad, 40, terburu-buru mencari pengganti dalam hidupnya. Sebaliknya, bapa...

Read more
by Puteri Alia
September 9, 2025
Lokal

Ardell Trauma Lepas Ditumbuk Tentera Israel, Nadzmi Adhwa Mohon Isterinya Jangan Diganggu Buat Masa Ini

Masih dalam fasa pemulihan selepas pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), pelakon Nadzmi Adhwa memohon agar orang ramai...

Read more
by Puteri Alia
October 13, 2025
Foto - @sakirinaca90 (IG)
Lokal

[VIDEO] Teruk Dikecam Selepas Kunjungi Butik DIOR, Pengurus Fattah Amin Perjelas Situasi Sebenar

Baru-baru ini nama Fattah Amin dan Amira Othman hangat diperkatakan selepas tular sebuah video yang memperlihatkan pasangan selebriti ini memasuki...

Read more
by Nurul A.
October 7, 2025
Lokal

ALPHA Cipta Kejayaan Dengan Raih Lebih 22 Juta Strim & Tontonan Digital Menerusi MV ‘P Ramlee Saloma’

Kumpulan lelaki terkenal, ALPHA terus mencipta fenomena dengan kejayaan single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”. Dilancarkan pada 18 Julai...

Read more
by Naddy Joe
September 23, 2025
Lokal

[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan bapa kepada Amira Othman yang bermain piano semasa di majlis resepsi perkahwinan Amira...

Read more
by Noah Ab
October 13, 2025
Lokal

“Kita Akan teruskan Perjuangan Sehingga Titisan Darah Terakhir!..”-Heliza Helmi

Pelakon, penyanyi, dan salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Heliza Helmi menitipkan rasa syukur apabila dia bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

  2. 2

    [VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”

  3. 3

    [VIDEO] Baju Shila Amzah Jadi Pertikaian Netizen-“Boleh Kot Ambil Perunding Imej Yang Berkelas”

  4. 4

    [VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar- “Tak Baiklah Korang”

  5. 5

    [VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem