Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dihina Wajah Tidak Cantik, Nadeera Akui Hatinya Terguris Apabila Disamakan Dirinya Seperti Pengemis

by Puteri Alia
September 5, 2023
Share on Facebook

Apa sahaja cacat cela melibatkan tubuh badan manusia yang ditakdirkan oleh Sang Pencipta kepada seseorang, kita dilarang sama sekali untuk menghinanya.

“Jika badan seseorang itu gemuk, lantas kita menyebutnya; ‘Badan apa besar begini. Kerbau dengan awak sama saja’. Ini merupakan satu bentuk penghinaan.

Tidak kiralah penghinaan tadi dilakukan sama ada secara zahir ketika bertemu secara empat mata (dengan empunya diri) atau melalui media sosial sekalipun, kita dilarang berbuat demikian.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi yang baru muncul dengan single Emas, Nadeera mengaku hatinya terguris dengan komen berbentuk hinaan ditinggalkan individu tidak dikenali menerusi mesej dalam Instagram Story (IGs).

Meluahkan kekecewaannya, Nadeera berkata, dia tidak menyangka hasrat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak sempena pembikinan video muzik single Emas itu tidak disenangi individu terbabit hingga tergamak menyamakan dirinya seperti pengemis.

“Hahaha. Baca mesej macam tu, rasa macam nak kemas beg baju sekarang jugak, nak balik Mersing.

“Sedih, sayu tapi apa boleh buat? Ini yang Nad suka, ini yang Nad pilih, ini yang Nad idamkan.

“Mengemis satu kata yang melukakan hati Nad, tapi Nad ambil ia sebagai ubat yang akan terus menguatkan Nad untuk meneruskan perjalanan dalam bidang yang Nad cintai ini,” tulisnya.

Mengakui dirinya tidak mempunyai pakej lengkap yang membolehkannya diterima mudah dalam industri, Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 30, mengharapkan hasrat menjalin kerjasama sekadar menambah ilmu dan berkongsi pengalaman.

“Nad dah ada dalam industri hiburan sebelas tahun, sejak Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 pada 2012 sampailah sekarang.

“Bayangkan masa yang Nad dah korbankan untuk berada di tahap ini. Sedangkan tahap ini bukan megah mana pun.

“Nad masih lagi bergelut untuk berlari, untuk dikenali. Cuma Nad anggap Big Stage sebagai peluang kedua untuk Nad.

“Nad tak ada muka yang lawa, Nad tak ada duit yang banyak, Nad tak ada harta yang melimpah, tapi Nad ada semangat.

“Semangat yang tak akan luntur untuk terus berjuang. Nad bukan siapa-siapa, jadi Nad perlukan kolaborasi dengan mereka yang berpengalaman.

“Bukan mengemis tetapi mahu belajar sesuatu dan berkongsi ilmu,” luah bekas juara Big Stage 5 ini.

Menerusi entri sama, bekas juara Lagu Cinta Kita musim kedua ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada mereka yang tidak pernah jemu memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Untuk mereka yang sokong Nad, terima kasih ikhlas dari lubuk hati. Teruskan sokong #EmasNadeera okay?,” ujar Nadeera.

Sementara itu, penyanyi bervokal mantap ini turut memuat naik komen yang ditinggalkan individu terbabit berkaitan perkongsiannya itu sambil menyertakan ‘avatar’ berwajah sedih.

“Tak habis-habis la colaboration. Lawak la. Lagu dah sedap dah tapi bila tengok IG story, pening pulak.

“Aku tengok hari hari kau post begini. Nak jadi penyanyi ke jadi pengemis?,” tulis individu berkenaan.

Konsert Legasi P. Ramlee: Penghormatan Agung Buat Seniman Lagenda
Nadeera
https://lomp.at/v10a6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara