• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Dilantik Jadi Pengarah LV, Ini Antara Hasil Kerja Fesyen Pharell Williams Yang Cool!

by Soph Azz
February 27, 2023
Foto - NPR

Foto - NPR

Share on Facebook

Siapa sangka pelantun lagu “Happy”; Pharell Williams ternyata memiliki bakat tersembunyi sebagai seorang pereka fesyen. Baru-baru ini, Pharell dilantik menjadi Pengarah Kreatif Louis Vuitton (LV) bagi menerajui barisan pakaian lelaki menggantikan Virgil Abloh.

Penglibatan Pharell dalam bidang fesyen bermula apabila dia bekerjasama dengan Nigo pada 2003, menubuhkan jenama pakaian jalanan iaitu Billionaire Boys Club (BBC). Kini BBC mempunyai 3 label lain iaitu IceCream, Bee Line dan Billionaire Girls Club.

Memiliki pemikiran yang bakat yang kreatif, Pharell pernah bekerjasama dengan beberapa jenama lain sebelum dilantik menjadi Pengarah Kreatif LV. Daripada kasut, pakaian hingga ke cermin mata, ini antara hasil kerja fesyen Pharell Williams yang sangat cool!

#1 Chanel 

Pada tahun 2019, Pharell bekerjasama dengan Chanel mengeluarkan kapsul yang menampilkan sentuhan estetik klasik dan elegan. Berpegang pada prinsip “gender fluid”, koleksi ini terdiri daripada hoodie, bucket hat hingga sneakers.

YouTube video

#2 Adidas 

Pharell x Adidas merupakan kerjasama pertama pada 2014 yang menampilkan 10 coretan Adidas Stan Smith dan grafiti oleh Pharell Williams.

Foto – Sneakers News

Kemudian kerjasama ini diteruskan lagi apabila Pharell x Adidas mengeluarkan 50 varian warna pada kasut sukan Superstar. Dan koleksi kapsul berwarna-warni ini turut disertakan dengan label Adidas Originals seperti kasut polka dot dan barisan pakaian.

Foto – Sneakers News

#3 Moncler 

Bekerjasama dengan jenama Itali, Moncler dan Pharell mengeluarkan kaca mata hitam yang direka bentuk dengan DNA Moncler dan gaya Pharell; sesuai untuk dipadankan dengan pakaian harian dan ski.

YouTube video

Seterusnya kerjasama antara Moncler dan Pharell diteruskan pada tahun 2022, di mana mereka mengeluarkan Maya 70 Jacket by Pharell Williams bagi memperingati ulang tahun Moncler yang ke-70.

YouTube video

#4 UNIQLO UT 

Ketika Nigo masih menjadi pengarah kreatif barisan UNIQLO UT, dia menjemput Pharell untuk berkerjasama dalam mereka bentuk t-shirt dan juga topi. Koleksi mereka ini diberi nama “I am Other“.

YouTube video

#5 Louis Vuitton 

Sebelum menggantikan Virgil Abloh, Pharell juga pernah bekerjasama dengan LV sebanyak dua kali pada tahun 2004 dan juga 2008.

Foto – Pinterest
  • 2004: Pharell bekerjasama dengan Nigo dan Marc Jacobs,  mengeluarkan barisan kaca mata “Millionaire Sunglasses” yang menjadi salah satu item best seller di LV.
  • 2008: Pharell bekerjasama dengan Camille Miceli, perunding barang kemas mengeluarkan koleksi barang kemasnya sendiri iaitu “Blason Collection”.
YouTube video

Memang tak sangka, rupanya hebat dan kreatif juga kan Pharell Williams?

pharell william louis vuittonPharell Williamspharell williams x adidas
https://lomp.at/nb60v
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  4. 4

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  5. 5

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore