Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rakam Video Di Pawagam Boleh Didenda, Tapi Masih Ramai Yang Buat?

by Rory Kim
July 4, 2022
Share on Facebook

Sudah menjadi kebiasaan bagi ramai orang untuk kongsikan momen-momen menarik menerusi pelbagai akaun media sosial yang tersedia. Antara perkara yang sering dilakukan ramai adalah merakam video di pawagam untuk berkongsi pengalaman ataupun pendapat mengenai filem yang ditonton. Akan tetapi perkara ini semestinya dilarang di sisi undang-undang.

Boleh dikenakan denda ataupun penjara

Via Twitter
GSC Cinemas

Melalui Akta Hak Cipta 1987, seseorang individu boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Jelas bahawa isu ini bukan sesuatu yang patut diambil mudah dan ianya tidak boleh diterapkan sebagai perkara yang normal di dalam minda masyarakat.

Syamsul Yusof mengulas isu ini

Via Instagram
Syamsul Yusof

“Abang tak mahu kes saman filem ‘Munafik 2’ dulu berulang sekali lagi, sampai kedua orang tua nangis-nangis mohon maaf atas perbuatan tidak bertanggungjawab anak mereka

Maaf abang terpaksa ambil juga tindakan mahkamah dulu. Akhirnya diisytihar muflis/black listed kerana saman gagal dibayar.”- tulis Syamsul di akaun Instagram

Pengarah dan pelakon popular tanah air, Syamsul Yusof, tampil memberi kenyataan mengenai isu ini. Baru-baru ini, filem arahannya, Mat Kilau, menerima sambutan hangat daripada khalayak ramai. Sehubungan dengan itu, ramai pengguna di TikTok merakam babak filem tersebut di dalam pawagam untuk dikongsikan di akaun mereka.

Menurut Syamsul , dia menyarankan agar para pengguna TikTok tidak berkongsi rakaman video mereka kerana pihak penerbit mampu untuk mengeluarkan saman dan tindakan mahkamah boleh dikenakan. Syamsul juga mengatakan dia perlu bertegas tentang hal ini supaya isu filem Munafik 2 yang juga merupakan filem arahannya, di mana seorang individu disaman sehingga ibu bapanya merayu memohon maaf, tidak berulang.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa isu ini bukanlah perkara yang perlu di ambil ringan kerana risiko dan hukuman yang dikenakan agak berat untuk dihadapi. Sikap ini tidak boleh dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat kerana bimbang menjadi satu ‘kebiasaan’.

akta hak cipta 1987rakam video di pawagam
https://lomp.at/5h56l
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara