• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Dilarang Tayang Di Malaysia, Ini 4 Fakta Mengenai Filem ‘Fiza’

by Nurul A.
September 25, 2025
Foto - Facebook

Foto - Facebook

Share on Facebook

‘Fiza’ yang ditayangkan pada tahun 2000 merupakan sebuah filem Bollywood yang mengishakan tentang isu keganasan. Ditulis dan diarahkan oleh Khalid Mohamed, filem ini dibintangi oleh Karisma Kapoor, Hrithik Roshan dan Jaya Bachchan.

Walaupun mendapat sambutan yang menggalakan, penerbitan ‘Fiza’ tidak berjaya sepenuhnya. Bagi kamu yang tidak tahu, filem ‘Fiza’ tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana majoriti penduduknya beragama Islam.

Berikut MURAI kongsikan empat fakta menarik tentang ‘Fiza’ untuk buat kamu lebih faham!

1. Berkisar tentang isu keganasan 

Filem ‘Fiza’ mengisahkan tentang Amaan Ikramullah (Hrithik Roshan), anak kepada Nishatbi Ikramullah (Jaya Bachchan). Semasa rusuhan Bombay 1993, Amaan telah diisytiharkan hilang. Setelah beberapa tahun berlalu, Fiza Ikramullah (Karisma Kapoor) iaitu kakak kepada Amaan mula berputus asa menunggu kepulangan adiknya itu.

YouTube video

Dia melakukan segala yang dia mampu untuk mencari Amaan. Dipendekkan cerita, Fiza akhirnya bertemu dengan Amaan. Bagaimanapun, dia terkejut apabila mengetahui bahawa Amaan telah menyertai kumpulan pengganas .

2. Tidak boleh ditayangkan di Malaysia

Filem ‘Fiza’ tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan kisahnya yang menggambarkan orang Muslim sebagai pengganas. Menurut kerajaan, seorang Muslim tidak boleh menjadi pengganas.

3. Filem kedua Hrithik Roshan sebagai pelakon

Selepas penampilan sulungnya dalam filem ‘Kaho Naa… Pyaar Hai’ (2000), nama Hrithik Roshan melonjak naik dan dikenali ramai. Sejak daripada itu, Hrithik ditawarkan banyak projek lakonan kerana dia dianggap mempunyai kemahiran lakonan yang bagus.

View this post on Instagram

A post shared by Ataul Ansari (@hrx_fighter_fan_club)

Manakala ‘Fiza’ pula merupakan filem kedua Hrithik sebagai pelakon. Hrithik juga amat bersyukur kerana lakonannya dalam filem ‘Fiza’ mampu menarik perhatian penonton skrin besar.

4. Berjaya meraih sekitar ₹322 juta di box office

Menampilkan plot yang menarik dan mesej moral yang kuat, filem ‘Fiza’ adalah kejayaan komersial industri Bollywood. Filem itu menelan belanja kira-kira ₹55 juta (RM 2,615,896.25) dan berjaya mencatat jumlah kutipan terbanyak sekitar ₹322 juta (RM 15,314,883.50) di box office.

Jika kamu berminat untuk tonton filem ‘Fiza’ ini, jangan lupa kongsikan dengan MURAI apa pendapat kamu!

Sebelum Bermasam Muka, Jaya Bachchan & Rekha Hidup Berjiran
filem fizafiza 2000Hrithik Roshanjaya bachchanKarisma Kapoor
https://lomp.at/shpji
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

‘Target’ Pembunuh Upahan, Kim Kardashian Dedah Suspek Adalah Orang Terdekatnya

by Nurul A.
December 31, 2025

Dalam treler "The Kardashians" yang baru dikeluarkan, bintang realiti Kim Kardashian mendedahkan bahawa penyiasat persendirian telah memberi amaran kepadanya bahawa...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore