Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Dimanakah Pelawak-Pelawak Ini Menghilang?

by Khai Azfar
October 13, 2017
Share on Facebook

Suatu ketika dahulu, pelawak-pelawak tanah air sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Malah dek kerana penerimaan tersebut, pelbagai sitkom komedi telah ditayangkan seperti Salam Pantai Timur, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Cecupak dan Senario.

Pi Mai Pi Mai Tang Tu Tinggal Kenangan

Sebelum adanya rancangan Maharaja Lawak dan seumpamanya, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu terlebih dahulu menghiburkan rakyat Malaysia sekitar tahun 80 dan 90-an. Menceritakan mengenai gelagat penduduk Flat Seri Wangi, sitkom ini membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Imuda, Wan Maimunah,Khatijah Tan Angeline Tan, Afida Es, Sabri Yunus, Accapan, Sathiya, Marlia Musa, dan Mat Over. Tidak ketinggalan, pelakon-pelakon ini yang terlebih dahulu telah menemui Sang Pencipta, Allahyarham Zami Ismail dan Allahyarham Ahmad Busu.

Kini selepas lepas 12 tahun sitkom ini ditayangkan pelakon-pelakon ini masih lagi aktif dalam dunia hiburan dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat.

Sinaran Pasport Kegemilangan Pencetus Pelawak Malaysia

Masih ingat Kumpulan Senario? Bukan sahaja memecah rekod sebagai Kumpulan Pelawak Paling Lama bertahan malah mereka telah membuktikan pengaruh mereka dengan mengadakan konsert jelajah suatu ketika dahulu.

Untuk anda yang tidak tahu Kumpulan Senario adalah hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1995. Pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet menjadi naib juara.

Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk Hussain selaku ketua kumpulan Senario, serta anggota kumpulan iaitu Wahid, Ilya, Hamdan, Shamsul, Azlee dan Mazlan. Nama Senario ini diambil daripada idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan “senang riuh” dan akhirnya menjadi Senario setelah dilhamkan kembali oleh Shamsul Ghau Ghau.

Saiful Apek Akui Ditahan Polis, Dedah Isu Pergaduhan Sebagai Punca

Kemunculan Yasin Dan Saiful Apek

Pada tahun 1998, Farouk, Shamsul,Ilya dan Hamdan telah mengambil keputusan untuk berundur. Namun tidak lama kemudian, Yassin dan Saiful Apek telah menggantikan tempat mereka sehingga munculnya beberapa buah lagu yang menjadi ikutan.

Walau bagaimana pun pada 2002 Yasin terpaksa menarik diri kerana terpalit kontroversi dan diikuti Saiful Apek pada 2004 yang ingin bergerak solo. Namun pada 2017, kumpulan Senario telah mengumumkan kemunculan semula mereka dimana kesemua mereka termasuk Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin dengan membentuk nama baru iaitu Senariounion.

Zul Yahya Tumpukan Perniagaan

Nama Zul Yahya mungkin tidak terlalu terkenal seperti pelakon lain namun menerusi drama Pepaya namanya telah melonjak naik ketika itu.

Kini Zul mengambil keputusan untuk tidak lagi berlakon dan tampil dengan penampilannya yang lebih muslim. Perkembangan terbaru beliau, Zul bakal membuka sebuah restoran di Shah Alam tidak lama lagi.

Kartina Aziz Masih Popular

Filem Mami Jarum mempunyai pengaruhnya tersendiri! Pelakon utama filem berkenaan, Kartina Aziz ternyata berjaya menguasai watak yang diberikannya.

Siapa sangka, Kartina telah menerima pencalonan paling banyak bagi kategori Pelakon Komedi Wanita Paling Popular iaitu sebanyak 7 kali. Namun nasib tidak berpihak kepada beliau kerana tidak berjaya memenangi sebarang anugerah tersebut, sebaliknya disandang oleh Wan Maimunah dan Sheila Rusly sebanyak 6 kali.

kartina azizPi mai pi mai tang tusaiful apeksenarioyassinzul yahya
https://lomp.at/ty5d1
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Foto - Instagram
Lokal

Marissa Didakwa Mahu Teruskan Perkahwinan, Kakak Umisya Mazlan ‘Rayu’ Danish Hakim Bertindak

by Nurul A.
April 2, 2026

Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan, Nadia kembali mencuri perhatian ramai selepas 'merayu' Mohamed Danish Hakim untuk segera memeriksa keadaan adiknya,...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara