• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Dipanggil ‘Makcik’ Sedangkan Baru Berusia 20an? Oleskan Serum Radiance Up! Dan Advanced Youth Dari Y.O.U Beauty Untuk Kekal Muda!

by Puteri Alia
May 17, 2023
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa penjagaan kulit wajah adalah penting untuk mengelakkan kulit kusam atau penuaan kulit lebih cepat. Corak pemakanan dan stress juga boleh menyumbang kepada faktor perubahan hormon dan akan memberikan kesan pada kulit wajah.

Pendek kata, apabila mempunyai masalah kulit, kita lebih enggan berhias indah kerana berasa rendah diri dan tidak yakin dengan kondisi wajah. Namun itu tidak bermakna anda harus mengabaikan kecantikan diri dengan alasan sukar mencari waktu atau tiada masa untuk perkara itu.

Jadi berhenti merungut! Kini sudah tiba masanya untuk menyelamatkan kulit anda, mengelakkan keadaan kulit menjadi lebih teruk supaya kekal yakin, elakkan penuaan sebelum tiba masanya.

Oleh kerana proses pemulihan dan pengelupasan semulajadi berlaku semasa anda sedang tidur setelah seharian melakukan aktiviti serta terdedah dengan selaran cahaya UV, beri peluang untuk kulit anda bernafas segar semula dengan oleskan produk Day Protect Night Repair Serum dari Y.O.U Beauty agar memperoleh antioksidan yang mencukupi. Ini turut membantu dalam mendapatkan kulit yang lebih halus dan berseri.

Y.O.U Beauty

Rahsia untuk kulit sihat, berseri dan tegang itu sebenarnya bermula dengan rutin penjagaan kulit menggunakan Y.O.U Beauty di waktu siang iaitu Day R Protect dengan Radiance Up! Antioxidant Serum dan Night A Repair dengan Advanced Youth Intensive Peptide Serum di waktu malam.     

Fungsi antara serum siang dan serum malam, ada perbezaannya. Serum siang digunakan untuk melindungi kulit wajah manakala serum malam diformulasikan untuk perawatan. 

Oleh itu, menggunakan serum dengan kesan berbeza pada waktu pagi dan petang bukan sahaja boleh menyediakan perlindungan dan pembaikan penjagaan kulit yang komprehensif, dan juga boleh memenuhi keperluan kulit dengan cara yang lebih disasarkan, membantu kulit mencapai keadaan terbaikya.      

   Day Protect – Radiance Up! Serum                                        Night Repair – Advanced Youth Serum!

Day R Protect Dengan Radiance Up! Antioxidant Serum     

Serum antioksidan Radiance Up! yang diformulasikan dengan SymWhite 377, adalah sistem pencerahan yang kuat yang mengandungi niacinamide, vitamin c dan ekstrak licorice. Ia juga      mempunyai ekstrak camellia korea dan carnosine berfungsi untuk mengurangkan kekusaman kulit dan memudarkan penampilan bintik-bintik hitam sehingga 48% dalam 14 hari yang disebabkan oleh radikal bebas.

Justeru, antioksidan penting untuk melindungi kulit disebabkan oleh radikal bebas dan penceroboh alam sekitar seperti UV dan pencemaran. 

Malah kesan daripada itu, sejenis glycation iaitu kolagen dan elastin yang rosak disebabkan oleh lebihan gula dalam serat kulit menjadikan kulit seseorang itu kusam dan kasar.

Oleh itu, keperluan carnosine adalah salah satu bahan dalam penjagaan kulit yang boleh membantu mengurangkan glikasi.

Night A Repair Dengan Advanced Youth Intensive Peptide Serum

Meskipun kebanyakkan daripada remaja hanya biasanya mengutamakan rutin penjagaan kulit pada waktu siang sahaja, ketahuilah sebenarnya, rutin penjagaan pada waktu malam juga penting dan perlu diambil berat. 

Bahkan penjagaan kulit pada waktu malam sangat signifikan kerana di waktu malam ianya merupakan proses regenarasi kulit iaitu penggantian kulit sel kulit mati dengan sel kulit baru.  

Walau penat sekalipun, rutin ini wajib dilakukan, iaitu sebelum tidur, oleskan produk Advanced Youth Intensive Peptide Serum di wajah anda untuk membaiki kulit serta melawan penuaan pramatang.

Ianya menggalakkan pertumbuhan sel kerana produk ini mengandungi sejenis bahan ekstrak Yarrow Perancis yang terkenal untuk menggalakkan pertumbuhan sel, serta mengurangkan kerosakan radikal bebas dan sebagai bahan pemulihan. 

Apa yang lebih meyakini, produk ini mengandungi Plantide X yang menggabungkan peptida terbitan tumbuhan pertama di dunia dengan Peptida M3000 untuk membantu merangsang pembaharuan kulit dan mengekalkan penampilan kulit. Justeru, 91 peratus menunjukkan garis Nasolabial telah berkurangan dalam 14 hari selepas menggunakan serum ini.

Kebanyakan mereka yang sudah memasuki alam 40-an, rata-rata daripadanya sering mengeluh dan merungut kerana menyesal tidak membuat persediaan awal di usia muda dahulu mengenai pentingnya penjagaan kulit seawal mungkin. Ini kerana ramai mula memikirkan mengenai kedutan di wajah yang semakin ketara malah tidak kurang juga mula berasakan mereka tidak lagi kelihatan menarik.

Usah risau, dengan hanya beberapa titik serum ini iaitu Radiance Up! Antioxidant Serum (Day R Protect)  sudah cukup memberikan ketika waktu siang dan beralih ke rawatan kulit wajah di waktu malam dengan produk Advanced Youth Intensive Peptide Serum (Night A Repair).

Apa yang penting adalah kepekaan terhadap kehendak kulit dan tubuh kita sendiri. Setiap petua atau produk penjagaan diri yang kita guna hari ini perlu selari dengan perubahan usia untuk memastikan kulit sentiasa anjal, lembap dan sihat.

Jom dapatkan produk serum daripada rangkaian Y.O.U Beauty dan kekalkan kulit berseri dan  anjal anda ke usia emas.

Tunggu apa lagi, ayuh sertai peraduan dan menangi produk Day R Protect Night A Repair dengan cara-cara ini:

  1. Like post ini di @muraimalaysia
  2. Follow @youbeauty_my dan tag 3 rakan di ruangan komen
  3. Kongsi post ini di Instagram Story anda dan tag @youbeauty_my

Pemenang akan dipilih secara rawak!

Y.O.U Beauty
https://lomp.at/de26p
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore